Tuesday, August 4, 2015


KUALA LUMPUR: Mantan Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad hari ini menegaskan bahawa baliau tidak pernah memasukkan sebarang wang serma yang diterimanya untuk piliharaya ke dalam akaun peribadi.

Beliau memberitahu bahawa selama 22 tahun memerintah negara akaunnya sentiasa dipantau olej individu tidak berkepentingan bagi mengesahkan atau menafikan pengakuannya.

"Pada pilihanraya 1964 dan 1969, wang tunai berjumlah RM20,000 dari ibu pejabat diserah kepada saya untuk diagih kepada kawasan parlimen 40 peratus dan kawasan DUN 30 peratus tiap satu.

"Kerana saya tidak sanggup simpan wang tunai sebanyak RM20,000 ini, saya masukkannya dalam akaun saya, dan saya keluarkan cek kepada jawatankuasa pilihanraya Dewan Rakyat dan Dewan Undangan Negeri mengikut agihan yang ditentukan oleh Ibu Pejabat.

"Wang ini bukan dari penderma tetapi ini adalah wang UMNO yang memang pun diberi kepada bahagian untuk kegunaan calon," katanya yang ditulis di dalam blognya.

Pada 1970 dahulu, Jabatan Hasil Dalam Negeri pernah mengeledah rumah dan kliniknya semasa disingkirkan pada tahun tersebut dari parti.

"Mereka jumpa stub cek yang telah dikeluarkan oleh saya dan mereka mendakwa bahawa saya tidak lapor pendapatan saya sepenuhnya.

"Mereka mendenda saya sebanyak RM300,000 dengan amaran jika saya bantah dan pergi ke mahkamah saya akan dikenakan denda tiga kali ganda.

"Saya tidak pergi ke mahkamah. Sebaliknya saya merayu bahawa duit yang dimasukkan dalam akaun saya ialah dari parti. Tetapi Ibu Pejabat UMNO tidak mengaku wang itu dari UMNO," jelasnya.

Pada akhirnya beliau telah didenda sebanyak RM130,000 pada saat sudah dilantik menjadi Menteri dalam kerajaan.

"Saya membayar secara beransur-ansur dan selesai bayaran semasa saya menjadi Timbalan Perdana Menteri," ujarnya.

Sebelum ini, Pengarah Komunikasi Strategik Barisan Nasional (BN), Datuk Seri Abdul Rahman Dahlan berkata berkata perlembagaan UMNO membenarkan akaun amanah diwujudkan atas nama presiden parti.

Katanya lagi bukan sahaja Datuk Seri Najib Tun Razak mempunyai akaun amanah bagi pihak UMNO tetapi juga presiden-presiden UMNO sebelum ini. - 

0 comments:

Post a Comment