Tuesday, August 25, 2015


NAJIB selepas bergambar dengan penerima Anugerah Perkhidmatan Cemerlang ketika menghadiri Majlis Anugerah Perkhidmatan Cemerlang 2014 Perbendaharaan Malaysia di Putrajaya. - Foto Ahmad Irham Mohd Noor 


PUTRAJAYA: Kerajaan hari ini memberi jaminan rakyat tidak akan terbeban dengan keadaan ekonomi yang tidak menentu ketika ini, kata Datuk Seri Najib Razak. Perdana Menteri yang juga Menteri Kewangan berkata, beberapa langkah pembaharuan yang diambil oleh kerajaan berjaya mengukuhkan kedudukan ekonomi negara berbanding ketika negara berdepan dengan krisis kewangan Asia pada tahun 1997. "Antara pembaharuan yang dilakukan adalah memperkenalkan Program Transformasi Ekonomi (ETP) yang antara lain bertujuan mengurangkan kadar fiskal defisit negara," katanya.

Beliau berkata demikian pada Majlis Anugerah Perkhidmatan Cemerlang 2014 Perbendaharaan Malaysia di sini, sebentar tadi.

0 comments:

Post a Comment