Monday, August 17, 2015




Akhirnya Najib akui juga bahawa Tol akan dinaikkan harganya walaupun tak tahu lagi berapa yang naik.. dan akan dinaikkan dengan memberikan kesan minima kepada pengguna.

Kononnya juga dalam masa yang sama kerajaan akan memikrkan agar kenaikkan ini tidak akan memberikan keuntungan yang munasabah kepada pemegang konsesi tol..

Datuk Seri Najib Razak hari ini mempertahankan langkah kerajaan untuk menaikkan kadar bayaran tol dan berkata, sekiranya harga tol kekal, Putrajaya terpaksa menaikkan kadar cukai.

Menurut Perdana Menteri, pihaknya bagaimanapun sedang meneliti beberapa kaedah untuk memberikan kesan minimum kepada pengguna tol tetap untuk mengelakkan mereka terbeban dengan kenaikan kadar berkenaan.

"Kalau tak kena tol kita kena naikkan cukai. Cukai ni kena semua. Tol orang lalu akan bayar. Tapi kerajaan memikirkan agar kenaikan ini tidak akan memberi keuntungan tak munasabah kepada tol operator.


"Mungkin bagi pengguna tetap kita boleh bagi season pass. Prinsip kita, pakai lebuhraya kita terpaksa bayar itu kita tak boleh tolak. Ini realiti," kata Najib 

Beliau turut menyindir pembangkang dari Pakatan Rakyat yang hanya tahu mengkritik sedangkan mereka hanya mempunyai pengalaman mentadbir negeri, dan bukannya negara.

"Pembangkang di negeri sahaja. Ingat mereka kalau di tempat sama tidak buat tindakan sama?" tegas Najib 


Najib turut menegaskan, kerajaan Barisan Nasional pimpinannya masih bersedia mendengar rungutan dan keluhan rakyat ekoran kenaikan kos sara hidup yang disebabkan program rasionalisasi subsidi.


"Saya tak kata kerajaan sempurna, tapi kerajaan ini sedia mendengar suara rakyat. Supaya tak terlalu berat bebannya kepada rakyat.


"Inilah langkah kehadapan, yakinlah ekonomi kita berada di landasan yang betul," kata Najib 


Errr... Najib ni faham atau tidak apa yang dia katakan ni?

Kalau kadar Tol dinaikkan.. takkanlah operator to akan mengekalkan harga tol yang sedia ada sekarang ni buat yang menggunakan season pass tu.. sudah tentu dinaikkan juga.

Sebabnya kalau tak dinaikkan maka berlumba-lumbalah pengguna lebuh raya menggunakan season pass.. 

Lagi satu.. kalau Najib tak mahu operator tol mengaut keuntungan munasabah, untuk apa kerajaan membayar pampasan kepada pemegang konsesi tol setiap beberapa tahun sekali?

Tak perlu dibayar.. lagipun sudah menjadi adat dalam perniagaan kadang kala untung kadang kala rugi.. tapi pemegang konsesi tol ni pulak nak berniaga tapi tak mahu rugi..

Dalam lain ayat, untung depa sapu.. rugi Kerajaan tangung...Bila kerajaan rugi rakyat kena cukai nak cover rugi....bijak...bijak

0 comments:

Post a Comment