Friday, August 21, 2015

Perkara ini bukan setakat diluahkan teman media tetapi juga beberapa orang rakan artis turut bercerita akan kehangatan cinta yang sedang berlaku antara Emma Maembong dan Kamal Adli.
Image result for emma maembong dan kamal adli
Sebelum ini pasangan pelakon ini cuba merahsiakan hubungan cinta mereka daripada pengetahuan umum, selain menjaga sensitiviti berikutan pada waktu itu Emma baru putus cinta dengan pelawak popular, Zizan Razak.

Tapi bagi Cik Pang, tak perlulah nak berahsia lagi. Isu putus cinta antara Emma dengan Zizan sudah berbulan lamanya.

Bagi Cik Pang, sudah sampai masanya masing-masing membawa haluan dan bina kebahagiaan sendiri. Dan bagusnya apabila Emma sendiri sudah menemui pengganti.

Terbaru, ada cerita sampai kepada Cik Pang, walaupun pelakon utama drama bersiri Jiran Sebelah Pintu cuba berahsia setiap kali ditanya rakan media tetapi di luar ia bukan lagi rahsia.

Kamal dan Emma tidak segan silu keluar bersama di khalayak ramai. Malah sudah ramai juga yang terserempak dan melihat kemesraan mereka berdua.

Ada yang bercerita kepada Cik Pang, mengikut gaya Emma dan Kamal mereka benar-benar menyayangi antara satu sama lain dan sentiasa mengambil berat sama ada membabitkan perihal peribadi mahupun kerjaya.

Beberapa rakan artis juga menyarankan kalau sudah begitu gayanya, lebih baik Kamal melamar Emma. Lagi cepat lagi bagus.

Maklumlah, takut juga nanti kalau tunggu lama-lama pisang akan berbuah dua kali. Maklumlah kedua-dua artis sedang mencipta nama ini pernah mengalami kekecewaan dalam percintaan.

Kalau tidak mahu ia berulang, tunggu apa lagi, cepat-cepatlah Kamal menghantar rombongan. Pastinya ramai yang suka dan merestui hubu­ngan mereka ini termasuklah peminat.

0 comments:

Post a Comment