Saturday, August 29, 2015



Jue Aziz yang kini sudah pun berhijrah dengan berhijab penuh mengakui bahawa dia malu untuk melihat kembali babak yang dilakonkannya di dalam filem Kapsul lebih-lebih lagi ia melibatkan adegan rogol.


“Skrip filem ini sudah agak lama di tangan, namun ia senyap begitu saja hingga pada tahun 2013, produksi menawarkan kembali watak Fatimah. Sudah tentu saya tidak mahu melepaskannya kerana saya sudah jatuh cinta sejak pertama kali membaca skripnya dulu”
“Walaupun babak membabitkan Fatimah tidak banyak, tetapi ia meninggalkan kesan yang cukup mendalam terutama apabila dirogol oleh tentera Jepun. Sebenarnya saya malu untuk melihat kemabli babak itu kerana ketika penggambaran, saya masih belum bertudung,” jelasnya kepada ruangan sisipan B*Pop oleh Berita Harian.
Selain itu Jue juga menjelaskan bahawa keputusannya untuk bertudung bukanlah mahu memuaskan hati dan menutup mulut orang ramai, namun ia datang daripada keikhlasan hatinya sendiri. Semoga penghijrahan pelakon ini membawa satu dimensi baru kepada kehidupannya. (rtky/s)

0 comments:

Post a Comment