Friday, August 28, 2015



Kementerian Dalam Negeri mengeluarkan warta kerajaan melarang pemakaian "apa-apa pakaian berwarna kuning" dan yang mengandungi perkataan "Bersih 4" berkuatkuasa hari ini.
Perintah itu juga melarang apa-apa bahan bercetak lain dan risalah yang mendorong kepada perhimpinan itu.
Perintah tersebut dikeluarkan oleh Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Zahid Hamidi. Ia disiarkan di laman web Pejabat Peguam Negara.
Larangan dalam Perintah Mesin Cetak dan Penerbitan (Kawalan Hasil Penerbitan Tidak Diingini) (No 22) 2015 menyebut:
"Percetakan, pengimportan, penghasilan, penghasilan semula, penerbitan, penjualan, pengeluaran, pengelilingan, pengedaran atau pemilikan hasil penerbitan yang diperihalkan dalam Jadual yang mungkin memudaratkan keselamatan, yang mungkin berlawanan dengan mana-mana undang-undang dan yang mungkin memudaratkan kepentingan negara adalah dilarang secara mutlak di seluruh Malaysia."
Sebanyak 35,000 baju rasmi BERSIH 4 terjual yang menyumbang pendapatan sebanyak RM700,000 kepada gabungan NGO itu.
Perhimpunan tersebut akan diadakan selama 34 jam bermula esok di tiga kota besar - Kuala Lumpur, Kuching dan Kota Kinabalu.
Perintah ini dibuat bawah seksyen 7(1) Akta Mesin Cetak dan Penerbitan 1984.
Di bawah Seksyen 7 (1) undang-undang, menteri mempunyai budi bicara mutlak melalui perintah yang disiarkan dalam warta untuk melarang apa-apa bahan dianggap prejudical ketenteraman awam, moral, keselamatan atau akan ALAM pendapat umum.
Dalam reaksi segeranya, Pengerusi BERSIH Maria Chin Abdullah berkata tiada salah bagi rakyat dan aktivis memakai baju T kuning BERSIH.
"Saya mahu kata tiada apa-apa kesalahan pun memakai baju T Bersih," katanya.
"Kami tidak akan turun ke jalan untuk menentang kerajaan tetapi sebaliknya untuk menuntut pembaharuan. Kami mahu Malaysia maju.
"Dengan turun (ke himpunan itu), kami menuntut kerajaan membetulkan keadaan politik dan ekonomi semakin teruk, jadi semuanya akan kembali di landasan yang betul," katanya kepada Malaysiakini.

0 comments:

Post a Comment