Saturday, August 29, 2015



Gambar Hiasan

Hubungan terlarang membabitkan pelajar sekolah dan remaja semakin membimbangkan, dengan ramai mengaku kehilangan dara menjelang umur 18 tahun dan melakukannya dengan lelaki berlainan...

Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Dr Mashitah Ibrahim berkata, ini berdasarkan soal selidik membabitkan 2,800 responden berusia 15 hingga 25 tahun yang dijalankan sebuah universiti tempatan dengan portal YouthSaysdotcom, baru-baru ini.
“Sebanyak 60 peratus gadis hilang dara menjelang umur 18 tahun, manakala 24 peratus daripada mereka mengaku pernah melakukan s3ks dengan lima kekasih...

“Hasil kajian rambang ini mungkin mengejutkan beberapa pihak, tapi inilah ‘reality check’. Kita kena terima hakikat remaja hari ini tahu mengenai s3ks lebih awal, seawal 10 atau 11 tahun...

“Majoriti memperoleh maklumat daripada teman sebaya atau Internet, dan ada juga mengenali s3ks melalui por_nografi. Sangat sedikit mendapat pendedahan awal mengenai s3ks dengan bertanya ibu bapa atau guru,” katanya... 

Menurutnya, 74 peratus remaja yang melakukan s3ks mengaku tidak mengamalkan kaedah perlindungan...

Malah, 83 peratus memberitahu tidak mengalami kesan negatif daripada tindakan mereka. Separuh daripada mereka berasa ‘bahagia’ kerana pengalaman s3ks itu...

Kira-kira 30 peratus remaja pula memikirkan s3ks setiap hari dan 50 peratus tidak pasti mereka ada pengetahuan cukup mengenai s3ks sebelum mengadakan hubungan...

Malah, berdasarkan soal selidik sama, ada 33 peratus hasil menunjukkan kemungkinan anak gadis yang masih belajar di tingkatan empat pernah melakukan hubungan s3ks. Dua daripada tiga pelajar melakukan hubungan s3ks kerana ingin mencuba dan bersuka-suka, manakala selebihnya kerana mengikut kehendak teman lelaki atau diajak kawan...

Statistik Jabatan Kebajikan Masyarakat pula menunjukkan sebanyak 111 kes remaja hamil sepanjang empat bulan pertama pada 2010, menurun berbanding 131 kes sepanjang 2009 dan 107 kes pada 2008...

P/s: Kronik memang kronik. Kalau anda selalu membaca portal berita di Singapura, keadaan yang sama turut berlaku di sana...
Bezanya, di sana majoriti remaja yang terlibat bukan beragama Islam, di Malaysia remaja yang sering menjadi bahan berita di akhbar atau menjadi pelakon klip 3gp lu_cah ialah orang Islam.
Yang membuatkan berita di atas tidak berapa kena apabila yang membicarakan hal itu ialah Timbalan Menteri yang pernah mencetuskan kontroversi apabila mendakwa seseorang boleh melacurkan diri jika berada dalam keadaan darurat....

sumber:berita panas 2015

1 comments: