Tuesday, September 1, 2015


Jika sebelum ini tindakan Nurulhidayah yang merupakan anak kepada Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi yang menyifatkan tindakan penganjuran perhimpunan Bersih 4 sebagai bodoh, dia telah menerima pelbagai kritikan dan ada juga yang memberi semangat.

Namun kerana tindak balas netizens berkenaan, Nurul hari ini sekali tampil menjawab segala kritikan berkenaan dengan menyatakn dia juga merupakan rakyat Malaysia dan berhak bersuara.

Menurut Nurul, apa yang dikatakan olehnya sebelum ini telah disalah faham oleh segelintir pengguna media sosial membuatkan mereka jadi tidak berpuas hati.

“Saya telah diserang secara peribadi. Saya tak menyentuh perkauman atau bangsa. Saya cuma pertikaikan kewarasan segelintir anda yang tidur dijalanan kononnya untuk menyatakan kebenaran.” 

"Beberapa bulan lepas ketika insiden di Low Yatt, saya juga lantang menyatakan ia tidak patut berlaku. Kenapa? Kerana perbuatan bergaduh sedemikan rupa, terlarang oleh mana2 agama sekali pun,"katanya.

Beliau menegaskan tidak akan berdiam diri dan akan terus bersuara mengenai sebarang perkara yang boleh menggugat negara.

"Benar, saya bertanggungjawab dengan kata-kata saya. Saya bertanggungjawab dengan 'Freedom Of Speech' saya. Saya bertanggungjawab dengan tidak rela melihat rakyat 'diheret' dijalanan."

"Saya juga bertanggungjawab untuk tidak melihat segelintir kita diperalatkan. Waima Kerajaan atau Pembangkang semua kena berubah. Ramai yang menyalah anggap tetapi ada juga yang mengerti. Saya tidak mengupah sesiapa dalam berkomunikasi di sosial media. Ini suara saya. Suara hati saya antara 30 juta rakyat Malaysia," tegas beliau lagi.

Bagaimanapun kerana kritikan yang diterima sebelum ini Nurul menyatakan dia sudah memaafkan mereka yang telah menghina kelaurganya dan memohon kepada tuhan supaya seluruh keluaga dan keturunannya dilindungi. - Siakapkeli.my

0 comments:

Post a Comment