Tuesday, September 1, 2015

Kuala Lumpur – Bekas perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamad akan dipanggil polis dalam waktu terdekat susulan kehadiran beliau dalam himpunan Bersih 4, kata Tan Sri Khalid Abu Bakar.
Ketua polis negara itu berkata, keputusan memanggil Dr Mahathir berikutan ucapan yang dilakukannya ketika perhimpunan terbabit.
“Kita akan panggil beliau. Beliau membuat tuduhan dalam ucapannya. Kita akan siasat dari mana Dr Mahathir mendapat maklumat,” katanya pada sidang media selepas menghadiri Hari Peringatan Pasukan Polis Marin ke-68, di Pelabuhan Klang, Selangor hari ini, lapor The Malaysian Insider.

0 comments:

Post a Comment