Wednesday, September 2, 2015

images (3)
168
Tindakan Tun Dr Mahathir yang dilihat menyokong himpunan BERSIH 4.0 pada kali ini menyerlahkan kecenderongan politik Tun M pada ketika ini. Beliau dilihat sanggup menjilat ludah beliau sendiri apabila memilih untuk hadir sepanjang 2 hari perhimpunan ini diadakan.
Malah tindakan anak perempuan beliau, Marina Mahathir yang dilihat seolah-olah perlindung terhadap individu yang memfitnah negara dan kepimpinan negara, Clare Rewcastle Brown juga menambah lagi kecenderungan keluarga Tun M.
11903867_1469925659975887_8912156450715162029_n
Implikasi terbesar terhadap tindakan Tun M dan Marina ini adalah terhadap Datuk Seri Mukhriz. Selaku Menteri Besar Kedah beliau dilihat seolah-olah tidak tahu arah mana sokongan beliau. Tindakan ayahnya yang condong kearah BERSIH pada kali ini menambahkan kesukaran bagi beliau untuk kekal bertahan di Sri Mentalon.
Sebelum ini terdapat desas desus yang mengatakan beliau bakal digantikan pada 1 Oktober ini dan paling menarik, sebagai langkah terakhir beliau mempertahankan jawatannya, beliau dilaorkan akan mendedahkan seluruh dana politik yang diterima beliau selama beliau menjadi Menteri Besar Kedah.
Jika dilihat daripada kecenderungan ayah dan ibunya kini, kedudukan Datuk Seri Mukhriz selaku Menteri Besar Kedah kian terancam dan agak sukar untuk diselamatkan. Seorang penganalisis politik dilaporkan berkata, beliau seharusnya mula menunjukkan ketaatan beliau kepada parti berbanding urusan keluarga beliau.
bersih 1
Tambah beliau, tindakan Mukhriz yang kekal mendiamkan diri berhubung sokongan beliau jelas sedikit demi sedikit memakan beliau. Tambahan pula hubungan beliau Istana Darul Aman sendiri dilaporkan agak dingin.
Apa yang dilakukan Tun M semalam dan hari ini sebenarnya ttelah merosakkan masa depan dan karier politik anak beliau sendiri. Apa pun, Datuk Seri Mukhriz seharusnya mula memikirkan strategi terbaik bagi menyelamatkan karier politik dan kerusi beliau selaku Menteri Besar Kedah

0 comments:

Post a Comment