Wednesday, September 2, 2015

Kuala Lumpur – Laporan sebuah portal tentang penemuan kapal terbang menyerupai pesawat Malaysia Airlines, MH370 dalam sebuah gudang di Amerika Syarikat adalah berita yang tidak disahkan. 

Utusan Malaysia melaporkan Menteri Pengangkutan, Datuk Seri Liow Tiong Lai berkata orang ramai diminta tidak membuat spekulasi mengenai laporan tersebut. 

Beliau berkata, pihaknya juga mendapati berita yang disiarkan pada awal Ogos itu tidak disusuli dengan sebarang laporan lain. 

“Oleh itu, saya boleh katakan bahawa ini merupakan berita yang tidak sah,” katanya.

Beliau berkata demikian sebagai mengulas laporan portal Real News Right Now kononnya pihak berkuasa Amerika Syarikat terjumpa pesawat di sebuah gudang ketika dalam serbuan narkotik di Casa Grande, Arizona.

Menurut laporan itu, kapal terbang berwarna kelabu tersebut mempunyai jalur biru dan merah pada badan pesawat. 

Selain itu, logo MAS berwarna merah dan biru juga dikatakan terdapat pada bahagian ekor pesawat manakala nombor pendaftaran 9M-MRO dalam badan pesawat selari dengan pesawat MH370 yang hilang. SUMBER

0 comments:

Post a Comment