Kisah Pasangan Nikah 3 Minggu Kenal Yang Akan Membuatkan Anda Teruja
Tak perlu kenal lama-lama, jika hati sudah berkenan, terus dijadikan isteri. Kami rasa pastu ramai sudah sedia maklum mengenai kisah Azlan Andi dan Sabatini yang bernikah hanya selepas 3 minggu kenal.
Bagi yang tak tahu, kami ada sediakan kisah cinta mereka yang menarik di bawah ini! Sweet sangat. Mana nak cari lelaki macamni lagi ye?
Pertemuan yang tidak diduga..
Azlan Andi seorang pelajar tahun akhir Ijazah Animasi di UK dan Sabatini (pelajar jurusan Maritime Business and Maritime Law) tidak pernah menyangka mereka akan bertemu jodoh dengan seorang asing dalam waktu yang singkat.
Pertemuan Azlan dan Saba adalah atas urusan berkaitan persatuan pelajar Malaysia di UK.
Bertemu hanya sekali, dan 3 minggu kemudian mereka berdua mengambil keputusan untuk berkahwin.
Saba : “Kami kenal 3 minggu dari 1st mesej pasal society tu. Jumpa dalam minggu ke 2. Di propose minggu ke 2. Nikah minggu ke 3?
Sah menjadi suami-isteri!
Sebab semuanya dipermudahkan..
“Sebab semuanya dipermudahkan. Sebab mula dari dia propose nikah, mula nak buat decision, then masa tu isnin dia nak gi travel solo Europe next week. Then dia cakap nape tak nikah before tu je. Then Saba tanya ayah, dia okay. Approach imam pun okay. Macam takde apa yang tak okay.. Hahha so nikah.”
Semua Malaysian society kat sini terkejut terus buat meeting malam tu nak buat majlis kami. Siap bahagi tugas. Siapa masak siapa buat inai siapa mekap semua. Haha… bidan terjun.”
“Sebab sebenarnya sebelum Saba datang UK Saba tak pakai tudung. My family convert. So tak practising Islamic ways. Bila datang UK Saba start pakai tudung. Tapi masih terumbang-ambing.
Saba doa kat Allah macam susah bila seorang diri, dekat UK pulak tu. Tiba-tiba Azlan mesej. Hahah. Rasa macam doa termakbul kot.
Sebagai anak tunggal, Saba telah mula belajar mengembara secara solo sejak berusia 9 tahun. Pasangan ini juga mempunyai hobi yang sama iaitu mengembara. Kini mereka masih dalam fasa bercinta selepas bernikah setelah berkenalan selama 3 minggu.”
0 comments:
Post a Comment