Tuesday, August 18, 2015



Sikap gila seks memang sukar dobendung lagi ketika ini. baru baru ini di shah alam telh terjadi satu kes kecurian. motif masih di bawah siasatan polis. apa nak jadi ni.

Seorang lelaki berusia 25 tahun ditahan penduduk pangsapuri di Seksyen 17 Shah Alam Selasa lalu selepas didapati mencuri pakaian termasuk coli dan seluar dalam penduduk.

Dalam kejadian yang berlaku kira-kira 2.30 pagi itu, beberapa penduduk ternampak kelibat suspek sedang mencuri pakaian dalam di salah sebuah rumah di tingkat bawah sebelum mengejar dan berjaya menahannya.

Ketua Polis Daerah Shah Alam Asisten Komisioner Shafien Mamat berkata, suspek turut membawa beg untuk mengisi pakaian dalam yang dicuri.

Selepas diperiksa didapati beg itu mengandungi tujuh helai baju dalam, enam helai seluar dalam, stokin, tudung dan baju sejuk milik penduduk.

Suspek yang bekerja kilang ditahan untuk siasatan lanjut, katanya.

Beliau berkata, kes disiasat mengikut Seksyen 117 Kanun Prosedur Jenayah (KPJ)

diharap kes seperti ini dikurangkan kerana boleh meyebabkan wanita menjadi takut dan tidak dapat menjalani kehidupan yang sempurna.

0 comments:

Post a Comment