Tuesday, August 4, 2015











Derma politik RM2.6 bilion untuk Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak daripada penyokongnya yang percaya kepada Umno bukan jenayah, kata Khairy Jamaluddin.

Ketua Pemuda Umno itu berkata tiada undang-undang melarang parti politik daripada menerima sumbangan daripada penyokong.

Justeru, katanya, tidak berbangkit persoalan sama ada kemasukan RM2.6 ke dalam akaun peribadi itu jenayah atau bukan.

Khairy berkata, sumbangan politik turut diamalkan pihak lain tidak kira parti politik,

Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) semalam menjelaskan dana RM2.6 bilion yang didakwa dimasukkan ke dalam akaun Datuk Seri Najib Razak adalah sumbangan penderma.

Ia, kata suruhanjaya itu lagi, bukan berpunca daripada dana syarikat pelaburan negara 1MDB

0 comments:

Post a Comment