Thursday, August 6, 2015

Foto : Astro Awani
Putrajaya: Polis Bukit Aman menggeledah pejabat Bahagian Operasi Khas SPRM di Menara Prisma, Preseint 3 di sini, malam tadi.

Memetik laporan dari Harian Metro, operasi berkenaan dibuat dipercayai bagi mendapatkan dokumen yang mempunyai kaitan dengan maklumat draf pertuduhan SRC International Sdn Bhd.

Didalam kejadian kira-kira jam 7 petang itu, polis yang menaiki dua buah kenderaan jenis Proton Preve itu dilihat beredar selepas sejam kemudian.

Sebelum ini, Timbalan Bahagian Operasi Khas, Datuk Tan Kang Sai dipanggil oleh Ibu Pejabat Polis Daerah Putrajaya berkaitan isu yang sama petang tadi.

Kang Sai bersama beberapa pegawai lain yang dipanggil untuk memberi keterangan hampir tiga jam di IPD Putrajaya.

Dua darinya iaitu Pegawai Bahagian Operasi Khas, Tuan Roslan Tuan Mat dan Pegawai Penyiasat Rosli Hussain ditahan polis selepas memberi keterangan sebelum dibawa ke Menara Prisma.

Selain dari pejabat, kediaman kedua-dua pegawai SPRM itu juga turut digeledah oleh SPRM

[Kemaskini]

Kami Bukan Tahan - KPN

Sementara itu, Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar menafikan penahanan dua pegawai SPRM terbabit.

Menurut beliau memetik laporan Malaysiakini, polis hanya merakam kenyataan mereka.

Polis Ganggu Siasatan SPRM - Bahri

Pengarah operasi khas SPRM, Datuk Bahri Mohamad Zin berkata sama ada polis menahan atau tidak pegawai SPRM, ia jelas melanggar Akta SPRM.

Tahan ke tak tahan ke, itu dah ganggu kerja kami. (Ia) jelas melanggar Seksyen 48 Akta SPRM.

Apa yang mereka lakukan adalah mengganggu siasatan kami,” lapor MalaysiaKini.

0 comments:

Post a Comment