Friday, August 7, 2015


Seorang wanita Malaysia yang baru pulang menunaikan umrah mendakwa melihat bangkai pesawat besar berwarna perak di perairan Laut Andaman semasa pesawat dinaikinya melintasi kawasan itu pada pagi 8 Mac lalu.

Raja Dalelah Raja Latife, 53, berkata ketika menyaksikan objek yang sebahagian badannya tenggelam itu, dia memaklumkan kepada rakan-rakannya tetapi diketawakan, lapor Mstar.

“Saya nampak macam kapal terbang,” ibu kepada 10 orang anak itu dipetik sebagai berkata.

“Sepanjang perjalanan pulang saya sentiasa melihat ke luar kerana saya tidak dapat tidur langsung dan ketika lawatan saya ke Beijing dua tahun lalu juga dia tidak dapat tidur di dalam pesawat dan sentiasa berjaga."

Dalelah dilapor menaiki Penerbangan Saudi SV2058 yang berlepas dari Jeddah pada jam 8.30 pagi waktu Malaysia.

Pada 14 Mac lalu, dia membuat laporan polis dengan harapan akan ada pihak yang memandang serius perkara itu.

0 comments:

Post a Comment