Friday, August 14, 2015


Bekas Menteri Besar Terengganu, Datuk Seri Ahmad Said memulakan ucapannya di mesyuarat agung Umno bahagian Kemaman hari ini dengan mengalu-alukan bekas Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Muhyiddin Yasin ke sebuah  kelab eksklusif.

"Selamat datang ke kelab orang kena buang," katanya kepada Muhyiddin, menyebabkan para perwakilan gelak dan bersorak.

Beliau kemudian berpaling ke arah Timbalan Ketua Umno Kemaman Datuk Ahmad Shabery Cheek dan mengucapkan tahniah kepadanya kerana masih berada dalam kabinet.

Ahmad telah diganti sebagai menteri besar Terengganu tahun lepas manakala rombakan kabinet dua minggu lepas menyaksikan Muhyiddin digugurkan dan Shabery dipindahkan ke kementerian pertanian dan industri asas tani.

Muhyiddin pula membalas dengan berkata beliau tidak tahu bahawa terdapat kelab seumpama itu, sambil menambah beliau belum lagi mengisi borang untuk menyertainya

Ahmad yang juga ketua Umno Kemaman berkata demikian kepada perwakilan untuk kali pertama sejak beliau dipecat tahun lepas.

Beliau telah mengambil cuti selama setahun, dan tidak menghadiri mesyuarat agung bahagian tahun lepas dan menyerahkan tanggungjawab itu kepada Shabery.

"Terima kasih kepada timbalan saya yang terpaksa memikul tanggungjawab saya pasal saya tidak ada akibat kecederaan," tegasnya

Katanya, jika ianya permainan bolasepak, beliau akan jadi 'striker' dan dia mempunyai kelebihan tetapi telah di 'tackled' dari belakang.

"Kalau takut main bola, jangan main. Kalau takut main politik, jangan berumah di tepi pantai," katanya.

1 comments: