ABBY ABADI SELAMAT DINIKAHKAN DENGAN MUHAMMAD FAIZAL DENGAN SEKALI LAFAZ
Bekas anggota kumpulan Elite, Abby Abadi sah bergelar isteri kepada wartawan kanan di media pembangkang iaitu Harakah, Muhammad Faizal Zakaria dengan sekali lafaz.
Majlis berkenaan diadakan di Masjid As-Sobirin Keramat di sini, kira-kira pukul 3.30 petang Jumaat.
Upacara akad nikah disempurnakan oleh Iman Masjid As-Sobirin, Osman Daud.
Abby diwalikan oleh bapanya, Abdul Manan Tadin.
Abby Abadi atau nama sebenarnya Arbaiyah Abd Manan, 38, menerima mas kahwin sebanyak RM300 dan senaskah Al-Quran sebagai pengganti wang hantaran.
Pihak pengantin lelaki turut menyerahkan 11 dulang barangan hantaran antaranya senaskah Al-Quran, tas tangan, telekung, jam tangan, wangian dan buah-buahan dan manisan.
Manakala pengantin perempuan membalas sembilan dulang termasuk sejadah, kasut, dompet, jam tangan dan buah-buahan.
Hampir 200 tetamu hadir pada majlis berkenaan termasuk rakan artis Azza dan Sasha Saidin.
Muhammad Faizal yang juga duda beranak tiga berkenalan dengan Abby Abadi pada 2012 namun ia sekadar hubungan profesional di antara wartawan dan selebriti.
Bagaimanapun hubungan mereka kembali rapat pada akhir tahun lalu sebelum mengambil keputusan untuk berkahwin.
Sementara itu, pasangan berkenaan akan diraikan dalam sebuah majlis sederhana di Tasik Titiwangsa Ahad ini.
Terdahulu Abby Abadi pernah berkahwin dengan aktor, Norman Hakim dan dikurniakan tiga cahaya mata sebelum bercerai pada tahun 2008.
Hasil perkahwinan itu mereka dikurniakan tiga orang anak iaitu Mohamed Danish Hakim, 12, Marissa Dania Hakim, 10, dan Maria Danisha Hakim yang berusia tujuh tahun.
Abby kemudiannya bertemu jodoh dengan Muhammad Noor Farhan Che Bakar, 25, pada 2013 sebelum bercerai selepas 11 bulan berumah tangga.
Sumber: Mstar
0 comments:
Post a Comment