Jika anda wanita single dan ingin mencari jodoh lelaki yang baik, mungkin artikel tips dan cara mengenal lelaki baik sebagai jodoh ini boleh membantu.
Sebelum ini pun sudah banyak artikel yang kami keluarkan tentang jodoh antaranya
Dalam artikel ini ada beberapa point tambahan yang boleh dikongsi bersama. Semoga bermanfaat!
_ _ _ _ _ _ _
Before you say there’s no good man, please think whether you’re a good woman first. Good man is not attracted to bad woman.
ORANGNYA JAGA SOLAT
Jangan cari suami yang tak solat. Saya ulang sekali lagi, jangan cari suami yang tak solat.
Sebabnya kalau dengan tuhan yang maha penyayang pun dia tak amanah dan tak setia, macammana anda nak harapkan dia amanah dengan anda? Kena cari yang jaga solat. Solat berjemaah macam yang Nabi pesan. Kita jaga solat, solat jaga kita.
Sesungguhnya solat itu mencegah dari benda fasik dan mungkar.
Saya tak pernah dengar cerita lelaki bawak girlfriend ke hotel, berzina, lepas tu esoknya kejutkan girlfriend dia dari katil supaya solat subuh berjemaah. Laki tu jadi imam. So far, saya tak pernah dengar lagi.
HORMATI ANDA
Kalau laki tu jenis suka menengking atau merendahkan anda, eloklah cari orang lain saja. Kalaupun anda kerja kilang dan tak berpeluang melanjutkan pelajaran ke universiti, itu bukan green light untuk dia hina anda. Seorang laki yang baik akan terima seadanya, dia takkan merendah-rendahkan anda.
TIDAK SUKA MENYALAHKAN ORANG
Lelaki tulen berani menerima tanggungjawab dan mengaku salah. Memang sifat insan ada buat salah silap, tapi laki tulen kenalah sanggup responsible. Jangan cari orang yang sentiasa mengkritik dan menyalahkan orang lain.
BERCINTA LEPAS KAWIN
“Barangsiapa memberi kerana Allah, menolak kerana Allah, mencintai kerana Allah, membenci kerana Allah, dan menikah kerana Allah, maka sempurnalah imannya.” (HR. Abu Dawud)
MENGHARGAI LEBIH DARI FIZIKAL
Hati-hati dengan orang yang suka memuji fizikal anda. Kalau laki tu obsess dan asyik puji fizikal anda sahaja, itu petanda bahaya. Seorang laki yang baik akan menghargai kepandaian anda, sikap dan karektor anda, dan peribadi anda. Kalau tumpuan dan pujiannya senada, pada fizikal, hati-hati lebih.
Anyway, semua orang akan jadi tua juga. Kalau fokusnya hanya pada fizikal, jenis nilah yang bila orang dah tua, dia sibuk mencari yang lain, yang lebih muda.
The right man will love all the things about you that the wrong man was intimated by.
Kalau boyfriend anda suka anda pakai seksi, itu tanda dia laki yang salah untuk anda.
By the way, takyah couple. Ruang maksiat semua tuh.
ORANGNYA ADA CITA-CITA
Kalau lelaki tu obsess dengan anda dan langsung tiada ambisi dan cita-cita, itu bukanlah petanda yang baik. Seorang laki yang baik harus ada impian dan cita-cita hendak menyumbang dan menjadikan dunia lebih baik.
Orangnya patut berfikiran jauh dan merancang masa depan. Takkan anak-anak semua nak tolak kepada isteri saja. Carilah yang matang dan serius dalam percintaan. Berevolusilah sikit, sampai bila nak cinta monyet.
Tapi jangan obsess pada duit.
“Dan kahwinkanlah orang-orang yang sendirian di antara kamu dan orang-orang yang layak (berkahwin) dari hamba-hamba sahayamu yang laki-laki dan perempuan. Jika mereka miskin, Allah akan memampukan mereka dengan kurniaNya. Dan Allah Maha Luas (pemberian-Nya) lagi Maha Mengetahui. Dan orang-orang yang tidak mampu menikah hendaklah menjaga kesuciannya, sehingga Allah memampukan mereka dengan kurniaNya…….”. Surah An-Nur : ayat 32-33.
“Dan kahwinkanlah orang-orang yang sendirian di antara kamu dan orang-orang yang layak (berkahwin) dari hamba-hamba sahayamu yang laki-laki dan perempuan. Jika mereka miskin, Allah akan memampukan mereka dengan kurniaNya. Dan Allah Maha Luas (pemberian-Nya) lagi Maha Mengetahui. Dan orang-orang yang tidak mampu menikah hendaklah menjaga kesuciannya, sehingga Allah memampukan mereka dengan kurniaNya…….”. Surah An-Nur : ayat 32-33.
Jangalah kerana laki tu kerjanya jual burger, anda hina dan rendahkan dia pula. Berniaga tu sunnah Nabi.
RAJIN
Tuhan suka hambaNya yang bila buat sesuatu, dia buat dengan sebaik-baiknya. Jangan cari lelaki pemalas yang siang malam asyik main game. Sesekali main Dota dan Clash of the Clans tu takpe. Merehatkan minda. Tapi kalau obsess siang malam, eloklah cari yang lain.
JANGAN CARI PLAYBOY
Sekalipun laki tu abam sado, kalau dia jenis bawak anak gadis orang ke hotel, lupakan sajalah dia tu.
“Dan janganlah kamu mendekati zina; sesungguhnya zina itu adalah suatu perbuatan yang keji dan suatu jalan yang buruk.” Surah Al Israa’ : Ayat 32
BERANI
Carilah yang berani dan sanggup bela dan ptotect anda. Jangan cari pondan. Lelaki yang lemah lembut bukan pondan. Tapi jangan cari laki yang suka pakai pakaian perempuan dan sebagainya. Sebab Allah melaknat laki yang suka pakai pakaian perempuan. Tak kiralah apa yang hakim mahkamah tu cakap, ingat bahawa Allah laknat laki yang berpakaian dengan pakaian perempuan.
FINALLY..
Abdullah Ibnu Mas’ud Radliyallaahu ‘anhu berkata: Rasulullah Shallallaahu ‘alaihi wa Sallam bersabda pada kami: “Wahai generasi muda, barangsiapa di antara kamu telah mampu berkeluarga hendaknya ia kahwin, kerana ia dapat menundukkan pandangan dan memelihara kemaluan. Barangsiapa belum mampu hendaknya berpuasa, sebab ia dapat mengendalikanmu.” Muttafaq Alaihi.
~When you finally found a good man, don’t go looking for someone better.
Artikel via facebook saudara Yazid Zul
0 comments:
Post a Comment