Wednesday, August 12, 2015

Apabila disahkan mengandung, perkara pertama yang digeruni oleh ibu-ibu ialah alahan ketika mengandung. Maka dengan teknologi yang ada, mencarilah ibu-ibu petua atau tips yang dapat diamalkan untuk mengurangkan alahan ketika mengandung. Saya ada menulis mengenai tips mengurangkan alahan di 10 Tips mengurangkan ‘Morning Sickness’ di kalangan ibu-ibu mengandung.
Selain itu saya juga ada berkongsi remedi yang boleh dibuat di rumah (yang saya juga amalkan) untuk mengurangkan alahan ketika mengandung di 7 Remedi semulajadi kurangkan ‘Morning Sickness’. Atau buat ibu-ibu yang terlampau teruk alahannya, boleh juga mencuba supplemen Shaklee. Saya ada menulis mengenainya di entri Mengurangkan ‘Morning Sickness’ dengan supplemen Shaklee.
Alahan berbeza-beza buat semua ibu. Jadi kena cuba perlahan-lahan untuk kurangkannya. Habis episod alahan, sampai ke hujung trimester, maka mulalah mencari petua untuk mudahkan bersalin pula.
Saya mengaku ketika mengandungkan si kembar dulu, bahagian ini memang ngeri. Paling ngeri apabila cara melahirkan, tips yang diberikan kebanyakannya adalah sangat tidak membantu keadaan saya ketika itu yang sakit di bahagian sendi bebola dan pelvik.
Ketika itu, saya tiada ilmu bersalin secara holistik, maka saya berserah dengan pembedahan. Sebab itulah saya ke kelas bersalin AMANI beberapa bulan yang lepas. Maka kali ini saya hanya mahu berkongsi tips ringkas (insyaAllah senang ingat) untuk dipraktikkan supaya proses bersalin jadi lebih bearable dan mudah.
  1. Kosongkan perut, pundi kencing dan sebagainya.
Apabila anda berasa mahu ke tandas (sama ada untuk kencing atau berak) sila tunaikan dengan kadar segera. Kosongkan. Ini memudahkan pergerakan bayi ke bawah dan juga anda mengurangkan rasa anxiety. Apabila kita rasa anxiety atau tidak keruan, fikirkan sakit sahaja, ia akan menyekat pengeluaran hormon oksitoksin. Hormon ini sebenarnya mengurangkan sakit bersalin yang bersangatan itu. Anda sangat perlukannya. Ia juga yang memberikan cue kepada badan anda untuk meneruskan bukaan dan proses bersalin.
Analogi mudah, ketika hendak bersama dengan suami, ada ke kita tahan-tahan panggilan ke tandas itu? Macam kacau daun je kan? Dan sebenarnya, hormon yang sama dirembeskan ketika bersama suami dan hormon itulah juga dirembeskan ketika bersalin. Jadi,selesaikan urusan berak kencing tu.  Jangan tahan.
  1. Jangan ketap bibir ketika sakit kontraksi
breathing
Sila buka mulut anda luas-luas. Buat aksi hoo haa hoo haa dengan mulut. Badan kita ini bekerja dalam satu sistem yang besar. Mulut anda terdiri dari otot. Jika anda ketap mulut, tutup, maka ia memberi cue pada badan yang anda dalam keadaan tegang. Bagaimana bukaan di bawah nak progress jika kita sendiri dalam keadaan tegang dan tertekan?
Maka supaya otot di bawah (otot bukaan vagina) sentiasa terus buka, kita kena pastikan diri dalam keadaan tenang (relaks). Jadi buka mulut anda. Apabila otot di atas (mulut) dalam keadaan tenang, maka otot di bawah juga akan tenang dan progress. Walaubagaimanapun, bayi anda akan tetap dilahirkan, maka tumpukan perhatian untuk bertenang.
  1. Minum air dengan kerap.
Sebabnya mudah sahaja, untuk menggalakkan pergerakan ibu ke tandas dengan lebih kerap. Apabila kita banyak pergerakan, pundi kencing pula kosong, maka akan lebih mempercepatkan bukaan. Anda pun tidak akan sempat terlampau memikirkan rasa sakit, dan masa pun tidak terasa terlampau lama disebabkan anda banyak bergerak.
Apabila menunggu itu yang membuatkan kita terlampau fikir mengenai sakit bersalin. Sedangkan sakit bersalin itu sebenarnyacue yang rahim anda bekerja dengan baik untuk mengeluarkan bayi. Yang bahawasanya, anda dalam proses bersalin yang aktif dan progress. Minum air dengan kerap juga bantu anda kekal hidrat dan mempunyai sedikit tenaga.
  1. Tumpu perhatian untuk bernafas dengan lebih baik.
just breathe quote
Anda sangat perlu untuk sentiasa bernafas. Jangan panik. Anda perlu untuk sentiasa setkan di dalam kepala, selagi uri masih intact, bayi anda masih di dalam, maka keperluan oksigen bayi adalah sangat bergantung kepada anda. Anda perlu untuk bernafas. Bernafas sedalam-dalamnya.
Jika anda panik, maka itu akan menyebabkan pernafasan anda tersekat dan bayi tidak akan mendapat bekalan oksigen yang cukup. Itu yang mengakibatkan fetal distress berlaku. Jika ini berlaku, anda perlu bangun (jika ketika itu anda baring), tenangkan diri, dan tarik nafas panjang-panjang. Blok segala pemikiran negatif dan orang lain dari menganggu anda. Tarik nafas dan hembus.
  1. Hormon oksitoksin anda cukup.
oksitoksin and birth
Sentiasa berfikir yang design Allah tidak pernah fail. Apa yang anda perlu buat cuma buang segala perkara-perkara yang menganggu rembesan oksitoksin itu. Bunyi bising, ada manusia mana datang marah-marah atau bising-bising, atau anda sendiri yang merasa marah, rasa tidak selamat, itu sangat mengganggu rembesan oksitoksin.
Itu hanya menaikkan adrenalin. Apabila adrenalin mula dirembeskan maka oksitoksin tersekat. Untuk pastikan pengalirang yang baik, tolong shut down dari semua itu. Tumpukan pada diri anda dan bayi (atau bayi-bayi). Fikir bahawa setiap kontraksi yang datang, wave upon wave, merupakan petanda yang bayi anda semakin dekat kepada anda. Sebab itu anda perlu positif, kekal hidrat dan makan sedikit. Ia buat anda rasa selesa, apabila selesa oksitoksin mudah dirembeskan dan proses bersalin akan sentiasaprogress.
  1. Cari posisi yang anda selesa.
Apaila anda rasa selesa, anda mampu tumpukan perhatian untuk bernafas. Anda mampu blok semua perkara negatif yang mengganggu. Saya telah berkongsi mengenai posisi bersalin di entri Posisi kelahiran : Bantu mudahkan proses bersalin.
Best-Positions-for-Birth
Anda nak mengiring, nak merangkak, nak berpaut di bola gym, anda pilih. Yang penting posisi itu buat anda selesa dan teruskan bernafas dengan lebih baik.
  1. Shower air panas
Ini merupakan perkara yang paling saya suka, berdiri di bawahshower panas. Terpulang sama ada anda ingin air panas menjirus di belakang anda ataupun anda ingin juga lalukan di bahagian depan. Ikut keselesaan anda.
hot water shower
Saya pernah melakukan kepada diri sendiri ketika saya dalam proses untuk bersalinkan adik si kembar. Apabila ada kontraksi yang tidak mampu saya tahan (saya diinduce ketika itu, little did I know that if you are trying for VBAC, it was a NO NO to be induce, but lesson learnt lah kan?). Ada seorang ibu berkongsi cerita, dia tidak sedar betapa panasnya air shower yang dilalukan ke badan beliau disebabkan kontraksi yang terlampau intense dan beliau sendiri terlalu menumpukan kepada pernafasan haha..
Shower air panas seriously does help, insyaAllah.
Semoga dengan tips di atas membantu anda dalam menghadapi proses bersalin yang lebih cepat, mudah dan kurang sakit.
Moga Allah mudahkan

0 comments:

Post a Comment