Friday, September 5, 2014




Pelakon yang sudah kerap kali ke mahkamah untuk memperjuangkan hak maruah dan anak-anak, Rita Rudaini telah menjelaskan bahawa kini dia tidak ada lagi hasrat untuk berkahwin kerana pintu hatinya telah tertutup untuk ke arah itu.

Dia yang ditemui semasa majlis pelancaran kempen dan lagu Salute Malaysia di UniKL kelmarin mengatakan bahawa bukan serik untuk berkahwin tetapi tidak mahu untuk anak-anaknya disakiti atau tidak disayangi.

“Hati sudah tertutup. Buat masa ini dalam hati tiada langsung hasrat untuk berkahwin atau apa sahaja, bukanlah rasa tidak ada langsung tetapi saya takut sekiranya anak saya tidak disayangi. Lagipun saya sungguh sensitif apabila orang ‘haip’ anak saya. Orang gaji marah anak pun, saya dah tak boleh,”ujarnya memulakan bicara tentang kehidupan kini.

Isu turun naik mahkamah adalah isu biasa bagi seorang wanita yang bernama Rita Rudaini kerana baginya apa yang dilakukan ini adalah bukan semata-mata untuk mengejar harta atau wang ringgit tetapi adalah kerana maruah dan hak anak-anaknya yang telah diabaikan tanggungjawabnya daripada bekas suami.

Disebabkan itulah dia bersungguh-sungguh untuk terus berada di pihak keadilan untuk membela nasib diri dan juga anaknya, Rayyan 5, dan Arjuna 3.

“Anak-anak faham kerana mereka bersama dan selama ini pun saya sudah besarkan anak-anak sehingga kini. Kalau orang nak kata saya gila duit kea pa, mestilah saya nak kejar VVIP atau menjadi permaisuri ke apa kan?. Pada saya RM300,000 dan yang lain-lainnya bukan ukuran untuk maruah saya dan anak-anak yang tak boleh dibeli dengan wang ringgit”

“Mengikut undang-undang saya ada hak dan peguam pun sudah kira kesemuanya dan saya hanya menurutinya sahaja dan terpulang pada keputusan mahkamah sama ada mahu memberikan jumlah tersebut atau pun sebaliknya,” katanya tegas.

Rita juga turut menafikan bahawa sesetengah pihak ada yang mengatakannya seperti tidak boleh melepaskan Aidil daripada berbahagia dan menuntut perkara-perkara yang bukan-bukan sehinggakan ada yang sudah muak dengan isu rumah tangga mereka.

“Tak ada masalahnya dia (Aidil) sudah berkahwin dan bahagia kan? Jadi saya sebagai seorang wanita yang pernah berkahwin dalam serba kekurangan dan tak pernah untuk meminta apa-apa dan bila diri saya tak diperlukan lagi takkan saya nak biarkan diri saya sebegitu sekali.

0 comments:

Post a Comment