Friday, September 5, 2014



Jika anda terlepas berita baik ini, penyanyi Mila Jirin telah mengambil keputusan untuk bertudung penuh pada hujung bulan Ramadhan lalu, mengambil keberkatan bulan mulia itu. Ini menjadikan Mila Jirin antara selebriti yang berhijrah selain Neelofa & Ziana Zain.

“Sebenarnya sejak tahun lepas lagi saya sudah berniat untuk bertudung. Bagaimanapun, ia tidak dapat dilaksanakan berikutan komitmen saya sebagai anak seni. Sudah menandatangani banyak kontrak. Alhamdulillah, akhirnya pada bulan Ramadan saya dibukakan hati untuk bertudung. Sukar untuk saya tafsirkan hanya mampu mengucapkan syukur buat Ilahi,” ujarnya.

Selain dari berita penghijrahan penyanyi ini, Mila Jirin juga mendedahkan melalui Kosmo!yang beliau bakal bakal mendirikan rumah tangga pada tahun depan namun tidak mahu mendedahkan siapakah jejaka bertuah yang berjaya menawan hatinya itu.

“Insya-Allah. Memang ada perancangan untuk berkahwin pada tahun depan. Tetapi saya tidak mahu dedahkan siapakah orangnya. Susah hendak cakap. Sebagai seorang perempuan saya juga tidak mahu cakap lebih-lebih. Saya lebih selesa untuk tidak memberikan jawapan”

“Dia (kekasih) juga tidak mahu saya dedahkan. Bila sudah dekat tarikh kahwin nanti, barulah kami bercadang untuk dedahkan,” tambahnya lagi.

Mila Jirin bagaimanapun berkata hubungan beliau dan bakal suami bermula sebagai kawan dan mereka sudah berkenalan semenjak beliau belum bergelar artis pada usia 18 tahun.

Bercakap tentang persiapan kahwin, Mila Jirin berkata beliau akan mula memikirkan hal tersebut selepas selesai pelancaran lagu terbarunya yang akan dilancarkan tidak lama lagi.




0 comments:

Post a Comment