Monday, September 22, 2014


Seorang lelaki nekad membunuh diri dengan terjun dari tingkat 4 di sebuah pusat membeli belah ekoran terkesima melihat wajah kekasihnya yang tidak secantik di dalam gambar.

Pertemuan pertama mereka itu semenjak empat bulan berkenalan di internet juga menjadi pertemuan terakhir mereka. Mereka sebelum ini tidak pernah bertemu atas faktor jarak tempat tinggal mereka yang terlalu jauh.

Lelaki tersebut yang dikenali sebagai Mark Anthony Perez telah terpedaya dengan teman wanitanya itu yang mahir menggunakan aplikasi ‘Camera 360′ dan Retrica.

“Saya ingat awak sangat cantik, tetapi saya bodoh kerana percayakan gambar awak sedangkan semuanya telah diubahsuai,” katanya kepada wanita itu biarpun dia sudah mengenakan solekan tebal.

Itulah kata-kata terakhir lelaki tersebut kepada kekasihnya sebelum dia bertindak terjun bangunan ekoran terlalu kecewa.

0 comments:

Post a Comment