Friday, September 19, 2014

Penjelasan Hanez Suraya isu baju pra perkahwinan? Gambar seperti pra perkahwinan itu menimbulkan fitnah serta andaian yang Hanez dikatakan bakal berkahwin. Malah lelaki yang dimaksudkan lelaki yang difahamkan bertakhta di hati beliau iaitu Romie Razi Adilha. Gambar berkenaan turut berserta keterangan yang cukup panjang lebar menidakkan apa yang bertebaran. Menerusi BH Online, Hanez ada memberikan penjelasan untuk merungkaikan apa yang terbuku di hatinya kala ini.
“Terlebih dulu saya nak minta maaf kepada semua selama ini atas persoalan yang terus menjadi tanya. Tak pernah terlintas dari mulut yang saya akan bernikah dengan jejaka pilihan hati tak lama lagi. Mustahil saya berbuat begitu kerana selama ini benda yang baik pasti saya kongsi. Dengan kontroversi yang melanda diri saya (termasuk dituduh sebagai perampas dan perosak kebahagiaan rumah tangga orang), saya mengambil pendekatan berdiam diri termasuk mengelak ditemubual kerana natijahnya jika bersuara sekalipun, saya pasti dihentam. Pendek kata, diam atau bersuara, saya tetap kena carut. Jadi apa pilihan yang saya ada. Lagi diam, lagi menjadi-jadi pula mulut orang di luar sana,” katanya.
hanez suraya
Tambah Hanez lagi, beliau kecewa dengan sesetengah penulis blog yang cuba mereka cerita tanpa usul periksa sekali gus membuka ruang kepada orang luar yang ringan mulut untuk terus menabur fitnah.
“Selama ini saya tak menjawab semua fitnah yang bertebaran kerana ingin melihat orang di luar saya yang gemar memfitnah tapi tiada sebarang bukti sahih. Termasuklah kisah saya nak kahwin. Saya agak kecewa dengan senario ini. Saya bukannya sempurna tapi apa salahnya jadi orang yang berfikir dan bercakap dari sudut positif. Jangan tahu nak hentam saja,” katanya dalam nada kecewa.
Menjelaskan mengenai gambar baju kahwin itu, beliau sebenarnya menjayakan kempen terbaru pereka fesyen Hatta Dolmat bagi koleksi Hatta Dolmat Wedding Couture.
hanez suraya pra perkahwinan
“Saya terharu menjadi pilihan mereka sekalipun berdepan dengan kontroversi yang cukup hebat. Saya seronok menjayakan kempen ini. Terima kasih kepada Hatta Dolmat kerana memilih saya. Kalau tak percaya boleh tengok Instagram Hatta di bawah nama @hattadolmat. Terima kasih kepada semua tenaga pekerja yang bertungkus lumus iaitu Cairellmarwan, Razzimusa, Sherry Alauddin, Tym Fatimah dan Muhammad Zameer,” katanya.
Jadi bila hari bahagia Hanez sebenarnya?
“Bila hari itu…. soal jodoh saya serah kepada Tuhan. Saya hanya berserah. Selebihnya no komen,” pintasnya ringkas.
Sebelum ini secara eksklusif Hanez memberitahu masih sayang kepada Romie. Tapi dijolok dengan kesudahan cinta mereka, Hanez enggan membiarkan pisang terus berbuah dua kali.
“Saya no komen,” katanya.

0 comments:

Post a Comment