Friday, September 5, 2014

Semalam pun Sheera Iskandar memberikan kenyataan yang sama berhubung keputusan beliau untuk bertudung penuh. Hari ini, Adira AF juga mengambil keputusan yang sama untuk bertudung penuh dan turut sama menafikan ianya ada kena mengena dengan perkahwinan.

Bercakap kepada Berita Harian hari ini, Adira AF mengakui beliau sudah tiga hari mengenakan tudung dan ianya ikhlas datang dari hati.

“Baru tiga hari saya mengenakan tudung. Ia terjadi atas kehendak diri dan doa semua yang mengharapkan kebaikan saya. Peminat pun barangkali tak tahu dengan perubahan ini. Biarlah mereka tahu sendiri. Tiada alasan tertentu untuk perubahan ini,” ujarnya.

Kita doakan yang perubahan ini kekal dan membawakan sesuatu yang positif dalam kehidupan Adira AF selepas ini. Eh, kalau sebab mahu berkahwin pun apa salahnya. Heh.



0 comments:

Post a Comment