Wednesday, September 10, 2014

Perkahwinan akan lengkap dengan kehadiran cincin yang tersarung cantik di jari manis sang ratu sehari. Dengan tersarungnya cincin tersebut, maka terjawablah pertanyaan mereka tentang status anda. Itu adalah tanda bahawa anda sudah berpunya.


Pening ye nak pilih cincin nikah? hehehe.. hani tau ramai kat luar sana tu tak tahu nak buat pilihan yang mana, kalau hani pun, hani serabut sikit... hani ada ambik dari sumber ikahwin . sedikit tips dari ikahwin :-

Tips pertama untuk menggelakkan tersalah memilih cincin. Antara soalan bermain di minda adalah antara emas putih dan emas kuning. Rata-rata pengantin kini lebih gemar memilih emas putih  berbanding emas kuning dengan alasan untuk tampak lebih bergaya dan elegan. Oleh itu bagi memudahkan membuat pilihan, pilih antara satu yang mana yang menjadi pilihan hati untuk anda pakai sepanjang hayat anda? Keselesaan anda untuk menyarungkannya di jari manis anda selamanya.




Tips seterusnya adalah, kesesuaian cincin tersebut dengan fizikal anda. Apa yang perlu anda titikberat di sini adalah warna kulit, size atau bentuk jari anda sama ada runcing, lebar, besar, kurus dan sebagainya. Kerana pemilihan antara emas putih dan emas kuning ini sendiri memainkan peranan yang harus anda sesuaikan dengan ciri fizikal anda. Untuk emas putih, ia adalah neutral iaitu membawa makna sesuai dengan semua orang. Sama ada yang berkulit putih atau sebaliknya. Manakala untuk emas kuning pula, lebih tampak menarik dan cantik disarung pada mereka yang berkulit putih.


Tapi jangan kan pula terlalu mengikut tips yang kedua ini sehinggakan anda takut untuk mencubanya. Sarungkan di jari pasangan anda, bincangkan tentang kesesuaian cincin tersebut di mata anda. Manakala untuk sang gadis pula, luahkan pendapat anda. Kerana perbincangan antara dua pihak amat penting bagi mengelakkan ketidak puas hatian terjadi satu hari nanti.


Tips seterusnya pula adalah sesuaikan cincin dengan aktiviti atau pekerjaan anda. Jangankan terlalu memilih cantiknya cincin, sehinggakan anda lupa akan pekerjaan atau aktiviti anda. Sebagai contoh, anda berkhidmat sebagai seorang chef. Mustahil untuk anda memakai cincin yang bertatah batu berlian yang besar mewah. Jadi buatlah pilihan yang bijak!




Tips terakhir adalah tips yang paling penting yang harus dititikberatkan oleh pasangan di luar sana. Iaitu budget. Pada awal pemilihan cincin, jangan terus membuat pilihan dengan terus membeli. Sebaliknya cuba lah bandingkan harga terlebih dahulu. Dinasihatkan agar anda lakukannya enam bulan awal, supaya anda lebih sedia. Bincangkan dengan pasangan design mereka gemari dan tuliskan budget yang anda tetapkan untuk membeli cincin. Jangan pula dengan hanya membeli cincin, anda sampai tidak makan. Jadilah pasangan yang bijak dalam membuat pilhan.

PERLU DI INGATKAN :)



1. Biasanya, trend perkahwinan sekarang cincin bukan hanya untuk pengantin perempuan sahaja sebaliknya pengantin lelaki. Oleh itu, pilihlah cincin tersebut bersama dengan pasangan anda. Pilihlah bentuk cincin yang sesuai dengan kehendak bersama. Bukankah anda akan melayari hidup berdua seumur hidup? Mulakan dengan pemilihan ikatan perkahwinan yang serasi iaitu cincin perkahwinan.


2. Kalau bakal pengantin menyukai cincin emas tradisonal yang bundar dan mengilat, maka anda boleh memilih antara cincin 14k,18k atau 24k. Apa yang membezakan jenis cincin ini? Semakin tinggi karat emas, cincin itu akan berwarna semakin keemasan.


3. Tentu sahaja sukar menentukan sama ada mahu cincin emas putih atau cincin emas atau platinium. Mungkin mak mertua mahu kekal kepada tradisi lama, iaitu cincin emas kuning sahaja. Tetapi anda mahu tampak elegan dan bersahaja maka cincin emas putih boleh menjadi pilihan. Namun tidak salah memilih untuk menggabungkan keindahan antara tradisional, moden dan elegan dengan menggabungkan emas putih dan emas kuning.


4. Ketika memilih cincin kahwin, haruslah diingatkan bahawa cincin ini akan dipakai seumur hidup dan sepanjang masa. Fikirkan reka bentuk yang sesuai dengan gaya hidup sehari-hari. Jangan kerana reka bentuknya yang cantik tetapi tidak praktikal untuk dipakai sehari-hari. Tentu menyedihkan melihat cincin kahwin kita hanya terletak di dalam kotak sahaja.


5. Selalu bakal pengantin akan memilih belian sebagai batu yang menghiasi cincin kahwin. Jangan hanya terikat pada satu batu permata sahaja. Boleh sahaja memilih batu permata yang lain seperti, delima, firuz. Pilihlah mengikut karakter dan kegemaran anda.


6. Pilihlah kedai emas yang boleh dipercayai. Jangan malas untuk melakukan survey dan memilih cincin kahwin yang terbiak sekali untuk anda. Pilihlah sehingga anda berpuas hati dan tidak jemu memandangnya seumur hidup anda.


7. Bukan baju sahaja perlu fitting, cincin juga begitu. Lakukan final fitting ukuran cincin kahwin anda semasa suhu badan yang normal dan anda berasa tenang. Jangan lakukan di waktu pagi kerana jari akan membengkak dan tidak mendapat ukuran cincin yang sesuai.



Manisnya cincin tersarung di jari,

Cincin dibeli sang pujaan hati,

Tips diberi penyenang diri,

Agar tidak merasa beban di hati.

0 comments:

Post a Comment