Monday, September 8, 2014



Sebelum ini banyak pihak memperkatakan tentang pelakon Ayda Jebat yang dengan sengaja merosakkan hubungan cinta Zul Ariffin dan kekasihnya, Gayatri Su-Lin Pillai.

Ayda juga didakwa sebagai penyebab hubungan Zul dan Gayatri terjejas dan bermasalah.

Pelakon berusia 22 tahun itu ketika ditemui Astro Gempak baru-baru ini bagaimanapun telah menafikan sekeras-kerasnya dakwaan tersebut.

“Sebenarnya kontroversi dan gosip mula timbul selepas saya dan Zul sama-sama membintangi drama bersiri Rindu Awak 200%.

“Peminat pula apabila melihat keserasian dan kemesraan kami dalam drama tersebut, mereka menggesa supaya kami bercinta.

Daripada situ mula timbul cerita saya dan Zul kononnya bercinta,” katanya.

Kata Ayda lagi, sebagai seorang wanita tidak pernah terlintas di fikirannya untuk mengganggu hubungan cinta Zul dan kekasihnya, malah tidak sekelumit perasaan cinta terhadap pelakon lelaki tersebut.

“Sikit pun tidak wujud perasaan cinta terhadap Zul apatah lagi berniat untuk merosakkan hubungan orang lain…Saya dan Zul profesional dan kami rapat hanya dalam drama.

“Tidak wujud sama-sekali cinta lokasi antara kami berdua, tidak ada. Hubungan kami atas dasar kerja sahaja.

“Dan, saya berpendapat cinta lokasi itu wujud tapi semuanya atas tuntutan kerja. Tidaklah sampai dibawa keluar. Saya tahu dia ada kekasih dan saya tak tergamak jadi orang ketiga," tegasnya.

Tambahnya, sebagai seorang pelakon dia perlu menghayati watak yang diberi untuk menghidupkan lakonan yang diberi.

“Bagi saya, apabila melakonkan adegan yang memerlukan emosi percintaan, perasaan itu perlu kerana sebagai pelakon kita mahu menyampaikan apa yang dirasai.

“Kalau ada yang suka, itu bererti watak Armel Aisya dan Zill Faezrul Iqbal (Zul Ariffin) berjayalah,” ujarnya.

Apabila ditanya samada kekasih Zul pernah menghubunginya dan bertanyakan tentang gosip tersebut, Ayda menggelengkan kepada.

“Kekasih Zul tidak pernah hubungi saya atau datang bertemu untuk bertanyakan tentang perkara remeh- temeh tersebut,” jawabnya.

0 comments:

Post a Comment