Thursday, September 4, 2014

Gombak: Seorang lelaki dipercayai dibunuh beberapa hari lalu dijumpai tidak berkepala di Jalan Gombak Lama, di sini, hari ini.

Dalam kejadian jam 2 petang itu, mayat mangsa ditemui di tepi cerun jalan dibungkus dengan beberapa helai pakaian serta diikat dengan pita pelekat oleh orang ramai yang kemudian terus menghubungi polis.

Ketua Polis Daerah Gombak Asisten Komisioner Ali Ahmad berkata, mayat terbabit ditemui dalam keadaan meniarap serta kepala mangsa dipercayai dipotong daripada bahagian leher menggunakan senjata tajam.

Beliau berkata, hasil pemeriksaan polis mendapati tiada sebarang dokumen pengenalan diri yang ditemui pada mangsa dan lelaki itu turut memakai seluar jeans dan berkasut semasa ditemui.



ANGGOTA polis sedang melakukan pemeriksaan di kawasan kejadian.


Katanya, mayat kini dihantar ke Hospital Kuala Lumpur (HKL) untuk bedah siasat dan kes disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh.


0 comments:

Post a Comment