Sunnah Rasulullah SAW Yang Patut Kita Amalkan
1. Makan GaramCelup jari kelingking dalam garam, menghisapnya sebelum dan selepas makan. Garam adalah penawar paling mujarab keracunan dan boleh menghalang sihir.
2. Minum Guna Tangan Kanan
Sentiasa minum memegang gelas dengan tangan kanan. Iblis minum dengan tangan kiri.
3. Langkah Kanan
Masuk masjid kaki kanan, keluar kaki kiri.
Masuk rumah kaki kanan, keluar kaki kiri.
Masuk tandas kaki kiri, keluar kaki kanan.
4. Makan Menggunakan Tiga Jari
Nabi s.a.w makan kurma dengan menggunakan tiga jari iaitu jari ibu, telunjuk, dan tengah. Sekiranya, susah bolehlah makan dengan tiga suapan pertama ikut sunnah.
5. Gunting Bulu
Apabila lelaki dan perempuan tidak menggunting, mengemas bulu kemaluan dan ketiak selama 40 hari, maka iblis akan bersarang dan berbual disitu.
6. Jangan Bersiul
Jangan bersiul kerana sewaktu iblis dibuang ke dunia, iblis mengembara sambil bersiul-siul dan orang yang bersiul menghiburkan iblis.
7. Adab Masuk Dan Keluar Tandas
Hendaklah membaca doa, kemudian masuk tandas dengan kaki kiri. pakai tutup kepala.
Keluar kaki kanan, baca doa keluar tandas.
Gunakan alas kaki.
8. Ambil Wudhu' sebelum Tidur
Gosok gigi dan ambil wudhu' sebelum tidur malam kerana menjadi amalan yang sangat dirahmati dan menghindar gangguan iblis dan syaitan.
9. Pakai Cincin Perak
Pakai cincin perak di jari kelingking kanan atau kiri.
Akan mendapat pahala sunnah berterusan selama memakainya.
10. Jangan Buang Air Menghadap Kiblat Ketika Buang Air
Jangan buang air menghadap atau membelakangi kiblat. Dibolehkan apabila dalam bangunan, itupun jika terpaksa.
11. Menguap
Menguap adalah dari syaitan. Tahanlah kamu dari menguap.
Tahanlah atau tutuplah mulut dengan belakang tangan kerana syaitan akan masuk melalui mulut.
12. Menyimpan Janggut
Memotong misai dan menyimpan janggut lebih afdhal dengan jambang sekali.
Mendapat pahala jika amal secara berterusan selama menyimpannya.
13. Posisi TidurPosisi tidur yang dianjurkan oleh Rasulullah saw ialah mengereng ke atas rusuk kanan, muka dan badan menghadap ke kiblat dan tapak tangan kanan di bawah pipi.
14. Beri Makan Anak-Anak YatimRasulullah saw suka memberi makan anak yatim.Sesiapa yang duduk makan bersama anak yatim dalam satu bekas, syaitan tidak akan menghampiri bekas tersebut.
15. Kongsi MakananJangan kedekut brkongsi makanan.Nabi saw suka makanan yang banyak tangan memakannya.
16. Pemberian Yang Tidak Boleh DitolakAda 3 pemberian yang tidak boleh ditolak iaitu bantal, minyak wangi dan susu
17. Makan Dengan Orang MiskinRasulullah saw suka memberi makan atau makan bersama orang miskin.Jika kita makan bersama orang miskin,hendaklah kita dahulukan mereka.
\
18. Makanan Panas
Rasulullah saw melarang meniup makanan panas. Hendaklah biarkan sejuk dahulu hingga mudah untuk dimakan.
19. Giliran Minum
Jika berkongsi minum dalam satu bekas atau botol, hendaklah memberi giliran minum yang berikut kepada orang di sebelah kanan.
20. Jangan Tidur Meniarap
Jangan tidur meniarap kerana ia adalah posisi tidur ahli neraka dan yang dibenci Allah swt.
p/s: Sebarkan supaya lebih ramai lagi yang mengamalkan sunnah. Jom amal sunnah Nabi saw!
0 comments:
Post a Comment