Thursday, June 18, 2015


Usaha Azmin Ali (PKR-Gombak) mendapatkan penjelasan berhubung kesan jika hutang 1MDB diklasifikasikan sebagai pinjaman tidak berbayar tidak membuahkan hasil.

Jawapan dituntutnya itu tidak dapat disampaikan atas alasan “kerahsiaan”

“Semua maklumat berkaitan peminjaman di institusi perbankan adalah tertakluk kepada peruntukan kerahsiaan bawah Akta Bank Negara Malaysia 2009.

“Oleh yang demikian, kerajaan tidak dapat memberi ulasan secara khusus berkaitan sesuatu akuan peminjam atau institusi kewangan dia bawah seliaan SNM,” kata menteri kewangan.

Azmin yang juga timbalan presiden PKR mahu menteri kewangan menyenaraikan bank tempatan yang memberikan pinjaman kepada 1MDB.

Azmin juga mahu tahu apa kesan kepada nisbah kecukupan modal jika hutang 1MDB diklasifikasikan sebagai hutang tidak berbayar.

Hari ini, bekas perdana menteri Tun Mahathir Mohamad dalam tulisan terbarunya di blog turut membidas 1MDB yang didakwanya bersembunyidi sebalik "kerahsiaan kerajaan".

Tindakan itu, dakwa Mahathir, untuk melindungi dirinya daripada kritikan demi kritikan terhadapnya.

Mahahir berkata 1MDB hanya boleh menafikan dakwaan terhadapnya tetapi tiada bukti dikemukakan dan sentiasa memberi jawapan berkenaan kerahsiaan urusan kerajaa

0 comments:

Post a Comment