Nazri Aziz Akan Disiasat Dibawah Akta Hasutan - Khalid Abu Bakar
KUALA LUMPUR: Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar, mengesahkan pihak Polis telah menerima beberapa laporan yang telah dibuat terhadap Menteri Kebudayaan dan Pelancongan Datuk Seri Nazri Aziz.
Memetik laporan Malaysiakini, kerana laporan itu, pihak Polis Diraja Malaysia (PDRM) akan menyiasat menteri tersebut di bawah Akta Hasutan 1948 susulan kenyataan yang dibuatnya terhadap Tengku Mahkota Johor (TMJ) baru-baru ini.
Laporan tersebut telah dilakukan oleh 46 NGO kaum India di Johor berhubung tindakan Nazri yang mengeluarkan kenyataan yang tidak sepatutnya di mana ia menyebabkan kemarahan rakyat Malaysia khususnya rakyat Johor.
Selain itu, ahli Exco Kerajaan Negeri Johor Datuk Zulkurnain Kamisan telah menasihati Nazri supaya tidak bersikap “kurang ajar.”
"Saya menyarankan agar menteri ini lebih muhasabah diri dan cermin diri kerana jawatan menteri tidak boleh digunakan sebagai alat untuk bersikap kurang ajar.
"Rakyat Johor tidak pernah sesekali menderhaka dan kita akan menentang setiap anasir yang boleh merosakkan perpaduan antara rakyat Johor," kata Zulkurnain
0 comments:
Post a Comment