Zakat Fitrah adalah sejenis zakat 'badaniah' atau zakat tubuh badan yang diwajibkan kepada seseorang Muslim.
Setiap muslim diwajibkan untuk mengeluarkan zakat fitrah untuk dirinya , keluarganya dan orang lain yang menjadi tanggungannya baik orang dewasa, anak kecil, laki-laki mahupun wanita. Berikut adalah syarat yang menyebabkan individu wajib membayar zakat fitrah:
- Individu yang mempunyai kelebihan makanan atau hartanya dari keperluan tanggungannya pada malam dan pagi hari raya.
- Anak yang lahir sebelum matahari jatuh pada akhir bulan Ramadan dan hidup selepas terbenam matahari.
- Memeluk Islam sebelum terbenam matahari pada akhir bulan Ramadan dan tetap dalam Islamnya.
- Seseorang yang meninggal selepas terbenam matahari akhir Ramadan.
Nabi Saw bersabda menerusi riwayat Ibn Umar :
"Maksudnya : Rasullulah saw telah mewajibkan zakat fitrah pada bulan Ramadan ke atas orang yang merdeka, hamba sahaya lelaki,perempuan dan kaum muslimin."
Untuk membayar zakat fitrah ini terdapat waktu yang diharamkan untuk membayarnya, berikut adalah waktu untuk membayar zakat fitrah iaitu:
1- Harus - iaitu dari malam ramadan sehingga hari akhir bulan Ramadan.
2- Wajib - iaitu selepas terbenam matahari pada akhir Ramadan.
3- Afdal - iaitu Selepas solat Subuh sehingga sebelum mengerjakan solat aidilfitri (Solat Sunat Hari Raya).
4- Haram - Selepas Solat Sunat Aidilfitri.
Kadar Zakat Fitrah Bagi Seluruh Negeri Di Malaysia
Kadar bayaran mengikut cara asal ialah 1 gantang Baghdad makanan asasi sesuatu tempat seperti beras atau gandum. Mengikut sukatan atau timbangan sebanyak 2.6 /2.7kg bersamaan nilai mengikut kadar nilai matawang semasa.
Jadi bagi mereka yang hendak membayar zakat dengan beras fitrah
Harga zakat fitrah bagi negeri-negeri di Semenanjung Malaysia adalah berdasarkan harga setempat yang ditetapkan oleh BERNAS bagi beras Super Tempatan Gred A mengikut timbangan satu gantang Baghdad bersamaan 2.60 kg
Manakala bagi Sabah dan Sarawak adalah berdasarkan harga setempat yang ditetapkan oleh BERNAS, masing-masing bagi beras ‘Vietnam White Rice’ bagi negeri Sabah dan ‘Thai White Rice’ bagi negeri Sarawak mengikut timbangan satu gantang Baghdad iaitu bersamaan 2.70 kg.
Untuk membayar secara tunai berikut adalah kadarnya mengikut negeri:
Bagi yang pertama kali membayar Zakat Fitrah, berikut pula adalah panduan cara membayar Zakat Fitrah boleh dilakukan sebagai panduan umum.:
1. Lafaz Niat Diri sendiri
“Inilah wang bagi menggantikan beras fitrah sebanyak ………… yang wajib bagi diriku pada tahun ini kerana Allah Taala.”
1.1 Lafaz Penerima Zakat (Diri Sendiri) Oleh Amil
“Saya Terima Zakat Sebanyak Rm ………………… Yang Wajib Bagi Diri Tuan Pada Tahun Ini Kerana Allah Ta’ala.”
2. Lafaz Niat Diri dan tanggungan
“Inilah wang bagi menggantikan beras fitrah sebanyak ………… yang wajib bagi diriku dan tanggunganku pada tahun ini kerana Allah Taala.”
2.1 Lafaz Penerima Zakat (Tanggungan)
“Saya Terima Zakat Tuan Dan Tanggungan Tuan Seramai ….. Orang Sebanyak Rm ……………….. Yang Wajib Bagi Diri Tuan Pada Tahun Ini Kerana Allah Ta’ala.”
3. Bagi pihak Lain
“Inilah wang bagi menggantikan beras fitrah sebanyak ………… yang wajib keatas pihak yang aku wakili pada tahun ini kerana Allah Taala.”
3.1 Lafaz Penerima Zakat (Pihak Lain)
“Saya Terima Zakat ….. (sebut Nama Orang Yang Berwakil) Dan Tanggungannya Seramai …. Orang Yang Wajib Bagi Dirinya Pada Tahun Ini Sebanyak Rm ………………………. Yang Telah Berwakil Kepada Tuan Kerana Allah Ta’ala.”
Doa Ketika Menerima Zakat Fitrah
Golongan Yang Berhak Menerima Zakat
Orang Fakir - Mereka yang tidak berharta,tiada mata pencarian atau mempunyai hasil pendapatan yang tidak sampai separuh daripada keperluan asas.
Orang Miskin- Mereka yang mempunyai harta tetapi sekadar dapat menampung separuh atau lebih daripada keperluan semasa bagi diri dan tanggungan.
Amil- Pemungut zakat yang ditauliahkan oleh Majlis Agama Islam Negeri masing-masing
Muallaf - Mereka yang baru memeluk agama islam.
Hamba Al-Riqab- Hamba yang diberi peluang oleh tuannya untuk menebus diri tetapi tiada kemampuan untuk berbuat demikian.
Mereka Yang Berhutang -Mereka yang berjuang atau berperang demi menegakkan syiar islam
Fi Sabilillah - Mereka yang berjuang atau berperang demi menegakkan syiar islam
Ibn Sabil - Mereka yang kehabisan bekalan untuk meneruskan perjalanan atau musafir atas tujuan yang baik .
Bayaran zakaat juga boleh dibuat menerusi kaunter/booth bayaran Zakat di pusat membeli belah.
Sumber Rujukan:
http://www.e-fatwa.gov.my/
http://e-muamalat.gov.my/
Melvister
http://mselim3.blogspot.com/
wikipedia.org
0 comments:
Post a Comment