Friday, June 26, 2015


KUALA LUMPUR: Berikutan insiden "lampu pecah" yang menyebabkan gambarnya malap di PWTC baru-baru ini, bekas Perdana Menteri, Tun Mahathir sedikit pun tidak merasa marah akan hal itu.

"Itu hak mereka. Nak pecah ke nak bakar ke itu hak mereka. Kita negara bebas," kata Dr Mahathir memetik laporan Astro Awani.

Ditanya mengenai penglibatan kerajaan Malaysia dalam isu penangkapan bekas eksekutif IT PetroSaud, Xavier Justo, Mahathir berkata ada ahli propaganda yang bekerja keras berikutan isu itu.

"Saya tidak tahu. Kita lihat sekarang ini beberapa ahli propaganda yang bijak bekerja keras. Muka saya pun sudah diconteng arang. Legasi saya juga sudah dimusnahkan," kata beliau.

Dr. Mahathir ditemui ketika di satu majlis berbuka puasa Kampung Baru pada Khamis.

0 comments:

Post a Comment