Thursday, June 18, 2015


Kerabat diraja Johor boleh mempertimbangkan membentuk sebuah parti nasionalis Johor jika mereka benar-benar ikhlas bercakap berkaitan perkara itu, kata penganalisis politik.

Felo Penang Institute Wong Chin Huat membangkitkan perkara itu selepas idea “bangsa Johor” diketengahkan ketika seorang putera Johor bertelagah dengan seorang menteri kabinet.

Wong, pakar dalam bidang federalisme, berkata ini bukan pertama kali kerabat diraja terlibat dalam politik kerana ia pernah berlaku melalui penglibatan perdana menteri pertama Tunku Abdul Rahman.

“Jika ada orang mahu terlibat dengan politik mereka patut pertimbangkan sertai politik.

“Mereka patut mengambil kira membentuk parti nasionalis Johor seperti Parti Nasionalis Penduduk Scotland (SNP),” jata Wong kepadaMalaysiakini.

Pengalaman SNP menunjukkan, walaupun ia hanya memperjuangkan pemerintahan sendiri Scotland, tetap berjaya mencapai kejayaan tidak pernah berlaku dalam pilihan raya United Kingdom tahun ini.

SNP kini menjadi parti ketika terbesar di negara itu.

Menyentuh isu Johor boleh terkeluar daripada Malaysia, Wong berkata beliau ragu negeri itu boleh bersendirian

0 comments:

Post a Comment