Tuesday, June 16, 2015


Nampaknya Datuk Seri Nazri Abdul Aziz tidak memperdulikan kritikan yang diterimanya selepas dia baru-baru ini memberi amaran kepada Tunku Mahkota Johor supaya tidak campur tangan dalam politik atau 'dibelasah'.

“Saya boleh faham jika putera itu kata 'saya sedih kerana dia (Najib) tidak hadir'. Saya boleh terima. Itu tidak campur hal politik.

“Tetapi dia kata, 'sudah tentu dia (Najib) tidak hadir dalam (dialog) Nothing to Hide kerana ada sesuatu hendak disembunyikan.

“Itu bersifat menghukum. Ia bermakna Tunku Ismail Sultan Ibrahim daripada Johor sudah menghukum PM salah. Itu apa yang tidak kerana dengannya,” kata Nazri dipetik Malaysiakini semalam.

Beliau juga menyifatkan Tunku Ismail amat berbeza dengan sokongan Sultan Pahang kepada Najib kerana sudah menjadi kebiasaan sultan atau raja akan akan menyokong kerajaan yang dipilih rakyat sesuai dengan sistem raja berperlembagaan.

0 comments:

Post a Comment