Umum sedia maklum, aktres cantik Rozita Che Wan serta keluarga dan teman baiknya kini sedang bercuti di Kota London.
Che Ta yang sememangnya bijak bergambar telah memuatnaik gambar kenangan di London ke media sosial Instagramnya. Namun, sudah menjadi lumrah menjadi selebriti ada sahaja yang tidak kena di mata peminat.
“Orang buta sahaja yang tak boleh bezakan seluar dengan peha. Kalau orang yang berakal tengok gambar ini mereka takkan komen yang saya tak pakai seluar atau memakai seluar pendek kerana secara jelas saya bertudung. Saya bukannya gila untuk buat seperti itu”
“Saya tahu batas bertudung. Hanya orang yang selalu fikir negatif sahaja akan pantas membuat kesimpulan yang negatif semata-mata. Yang kutuk itu hanya seorang dua dan selebihnya banyak memberi komen mempertahankan saya. Biarlah apa orang nak cakap, saya cool,” ujar Che Ta.
Walaubagaimanapun, Ibu kepada bayi comel Aaisyah Dhia Rana ini mengakui tidak terkesan dengan dakwaan dan kritikan itu kerana jelas beliau tidak mengenakan pakaian yang mendedahkan aurat apatah lagi dengan imejnya yang bertudung.
0 comments:
Post a Comment