Sunday, June 14, 2015


Bermula dengan lagu nyanyiannya Kun Anta yang sering menjadi pilihan di aplikasi Dubsmash, Humood Alkhudher kini kian dikenali di Malaysia.

Dengan sambutan hebat terhadap lagunya, Humood mengambil keputusan untuk melakukan promosi album barunya di Malaysia sambil bertemu dengan para peminatnya disini. Berikut merupakan 10 fakta menarik tentang penyanyi berusia 26 tahun ini.

  1. Dilahirkan pada tahun 1989 di Kuwait
"Nama saya Humood Alkhudher. Saya dilahirkan di Kuwait pada tahun 1989. Saya telah dikurniakan dengan seorang bapa berpendidikan, bijak, dan mesra, serta seorang ibu yang penyayang."

2. Dibesarkan di Great Britain
"Ayah saya adalah seorang profesor dalam bidang psikologi. Dia menerima ijazah PhD dari Great Britain, yang mana saya menghabiskan sebahagian besar zaman kanak-kanak saya di situ."

"Ibu saya adalah seorang yang berpendidikan, mesra, dan kreatif. Dia selalu mendorong saya untuk sentiasa ke hadapan dalam mencapai matlamat saya, dan merupakan pengaruh serta sokongan yang besar sepanjang hidup saya."

3. Mempunyai bakat nyanyi semenjak kecil 
"Saya bersyukur kerana dianugerahkan suara yang merdu dan bakat yang besar. Saya telah mencuba yang terbaik sejak umur saya 10 tahun lagi dalam meningkatkan kemahiran saya dan menyumbang sesuatu yang berguna kepada dunia ini."

4. Mengambil jurusan Radio dan TV di Kuwait University
"Saya sentiasa diberi perhatian yang besar untuk seni dan kecantikan. Saya merasakan bahawa saya ketagih kepada apa-apa yang indah di dunia ini. Itulah sebabnya apabila saya melihat minat saya yang terbaik adalah muzik."

5. Menjadi penyanyi bukan untuk mengejar populariti
"Kebanyakan orang fikir artis hanya mencari kemasyhuran, tetapi kenapa perlukan kaitkan teori ini kepada semua artis? Bohong kalau saya kata populariti tidak ada dalam fikiran saya, tetapi saya tidak pernah meletakkan itu sebagai matlamat utama."

"Saya percaya bahawa lebih kemasyhuran yang anda peroleh dalam hidup, semakin besarlah tanggungjawab yang perlu dipikul."

6. Matlamat hidupnya adalah untuk menyebarkan positiviti, sifat kemuliaan, nilai murni dan kekasih sayang melalui lagu
"Saya percaya bahawa saya mempunyai tugas untuk mempertahankan agama, negara, dan masyarakat. Saya juga percaya bahawa Tuhan akan bertanya kepada saya pada hari kiamat kelak tentang bagaimana saya menggunakan "alat" yang telah disediakan untuk tujuan kebaikan."

"Saya bekerja keras untuk memberikan jawapan yang terbaik untuk hari itu. Sebab itu saya menyebarkan kata-kata salam, kasih sayang, akhlak, dan kerohanian Islam dalam semua lagu dan persembahan saya."

7. Menjadi artis syarikat rakaman sebumbung dengan Maher Zain
Humood Alkhuder menandatangani perjanjian eksklusif dengan label rekod Awakening Records pada hari pertama Januari 2015, menyertai Maher Zain, Hamza Namira, Mesut Kurtis, Raef dan Harris J sebagai sebahagian daripada barisan artis di bawah naungan Awakening Records.

8. Mempunyai bakat dalam sukan bola sepak 
9. Lagu Kun Anta adalah antara lagunya yang paling mendapat perhatian
10. Jangan sedih sebab Humood Alkhudher sudah berkahwin
"Ya, saya sudah berkahwin. Isteri saya sangat menyokong karier saya dan saya selalu meminta pendapatnya dalam pemilihan lagu dan hal-hal lain."

"Cemburu itu satu sifat semula jadi yang ada dalam setiap wanita walaupun suaminya tidak terkenal. Isteri saya juga tidak terkecuali. Tetapi kami tidak mengalami sebarang isu besar dalam hal ini. Isteri saya sangat memahami mengenai skop pekerjaan saya

0 comments:

Post a Comment