Saturday, June 13, 2015


Inilah Menteri yang dipilih dan dilantik oleh Najib.. langsung tidak sensitif dengan keperluan rakyat..
Apa yang difikirkan olehnya hanyalah keuntungan kroni-kroni mereka, rakyat menderita itu bukaan masaalah mereka..
Jika suatu masa dulu Menteri Ayam telah berkata, Jangan makan ayam sebab harga ayam mahal.. Menteri ini pula kenyataannya hampir sama dengan kenyataan Menteri Ayam itu..
Katanya kalau tak puas hati dengan kenaikan tol, guna jalan biasa…
Datuk Seri Abdul Wahid Omar berkata pengguna jalan raya boleh memilih untuk menggunakan jalan biasa lain sekiranya mengganggap kenaikan tol terlalu tinggi.
Kata Menteri di Jabatan Perdana Menteri itu, kenaikan tol lebuh raya bakal berlaku raya munasabah.
“Kami sediakan jalan alternatif kepada mereka sedia bayar dengan raya premium.

 “Bagi mereka yang fikirkannya ia terlalu mahal, mereka ada pilihan untuk tidak gunakan jalan tersebut,” kata Abdul Wahid di Putrajaya.
Dalam pada itu, Abdul Wahid juga menegaskan pihak konsesi perlu menjalankan kajian daya saing untuk memastikan sama ada pengguna dapat menerima kadar kenaikan tol baru yang dicadangkan sebelum ia dilaksanakan.
“Projek ini dicadangkan dan dilaksanakan oleh sektor swasta dan kerajaan kerajaan akan tentukannya berdasarkan keperluan memandangkan kita perlu pertimbangkan memperbaiki infrastruktur pada kos lebih rendah,” terang beliau lagi.
Beliau bagaimanapun mengakui dalam kes dengan pengendali terbesar lebuh raya negara, PLUS, kerajaan mempunyai perjanjian dengan mereka untuk mengekalkan kadar tol hingga tahun 2015.
“Sebagai contoh dengan PLUS, terdapat peluang untuk memanjangkan tempoh konsesi dan mengekalkan kadar tol sehingga tahun 2015 dan kami telah lakukannya,” kata Abdul Wahid.
Abdul Wahid berkata kenaikan tol yang dijangka berlaku tidak dapat dielakkan memandangkan perkara itu terkandung dalam perjanjian konsesi antara kerajaan dan syarikat konsesi lebuh raya.
Desas-desus mengenai kenaikan tol bermula ekoran kenyataan Menteri Kerja Raya bahawa terdapat semakan semula kadar tol pada tahun hadapan dari segi perjanjian antara kerajaan dengan syarikat konsesi lebuh raya.
Sebuah akhbar pula melaporkan kenaikan kadar itu dijangka berlaku antara 30 sen sehingga RM1, tetapi tidak menyatakan untuk jarak perjalanan sejauh mana.
Terdapat 13 lebuh raya yang terlibat dalam semakan semula kadar tol itu.

0 comments:

Post a Comment