Friday, August 7, 2015

Maria Farida menjelaskan, dia sudah lali dengan tanggapan sek-si dan juga simbol se-ks. Namun menyatakan bahawa lebih ramai lagi artis wanita yang lain lebih sek-si daripada dirinya

Dalam temubual bersama Berita Harian Plus, Maria berkata tanggapan sek-si itu sebenarnya terpulang kepada mata yang menilai.

"Dari dulu sampai sekarang, isu sek-si ini memang melekat dengan diri saya. Sek-si ini sebenarnya subjektif kepada pandangan mata yang menilai.

"Saya pakai apa pun, tetap dikaitkan dengan isu sek-si. Walaupun saya berjubah, berbaju kurung dan sebagainya orang tetap melabelkan saya sebagai seorang yang sek-si.

"Jadi, sukar untuk saya menjawab isu sek-si ini kerana pada pandangan saya, lebih ramai artis wanita yang lebih seksi daripada saya. Orang dulu-dulu rasanya lebih 'daring' daripada orang sekarang tetapi tidak pula diperkatakan," ujarnya.

Menurut Maria, masyarakat janganlah terlalu awal menghukum dan asyik mencari kesalahan orang sahaja. Maria juga mendedahkan, dia sering mengambil tindakan menyekat mana-mana individu yang melemparkan komen yang biadab dan negatif di laman Instagramnya.

0 comments:

Post a Comment