Thursday, July 2, 2015

hukum suami isteri bercumbu ketika berpuasaHukum Suami Isteri Bercium Ketika Berpuasa
Sempena bulan ramadhan ini saya ingin berkongsikan satu artikel mengenai puasa. Artikel ini adalah untuk pasangan yang telah sah berkahwin. Persoalan yang mungkin terlintas bagi pasangan yang telah berkahwin “Adakah batal puasa suami dan isteri yang bercium/bercumbu ketika berpuasa?”
Soalan: Suami-isteri bercium pada hari berpuasa, adakah puasanya terbatal?
Jawapan: Suami isteri boleh bercium di pipi sahaja dan tidak batal puasa yang kita kerjakan. Tetapi sekiranya memasukkan lidah ke dalam mulut batal puasa yang dikerjakan.
Soalan: Ketika kedua-dua suami isteri sedang berpuasa di bulan ramadan, suami menyuruh isteri memegang alat sulitnya tetapi tidaklah sehingga mengeluarkan air mani. Apakah status puasa kedua-duanya? Perlukah membayar denda dsb?
Jawapan: Puasa bagi kedua-dua suami isteri sah dan tidak dikenakan apa-apa bayaran denda. Tuan puan dinasihatkan supaya tidak melakukan perkara tersebut di siang hari pada bulan puasa kerana ia boleh mengurangkan pahala puasa.
Sumber: JAKIM, Ustaz Cyber
Jangan lupa untuk kongsikan artikel ini supaya rakan-rakan kita semua jelas mengenai perkara ini. Semoga ibadat puasa kita mendapat seribu rahmat daripada-Nya.

1 comments: