Wednesday, July 8, 2015




Bagaimana cara melayan suami atau cara puaskan suami ketika haid. Memuaskan suami atau melayan suami tidak semestinya melakukan hubungan seksual atau jimak.Ini dijelaskan oleh Ustaz Azhar Idrus bagaimana untuk isteri puaskan suami ketika haid. Isteri merupakan ladang kepada seseorang suami,
oleh yang demikian cara puaskan suami ketika haid boleh dalam pelbagai keadaan dan cara melainkan melakukan jimak dan melakukan
seks melalui lubang dubur.Suami dan isteri bebas melakukan apa jua hubungan untuk keseronokan melainkan cara-cara yang diharamkan Allah.


Ustaz Azhar menjelaskan cara puaskan suami ketika haid dengan tangan dan lain-lain anggota badan isteri adalah diharuskan.
Terpulanglah kepada pasangan suami dan isteri tersebut untuk memilih mana-mana jalan dan kaedah yang disukai.
Melayan suami ketika haid dengan mengelakkan dari melakukan dengan cara yang dilarang adalah dibolehkan.




Mereka berhak menentukan bagaimana kaedah melayan dan cara puaskan suami masing-masing.



Islam memahami keadaaan psikologi lelaki dan wanita. Gelora nafsu yang wujud dalam tubuh manusia haruslah disalurkan melalu
i
cara yang betul iaitu dengan perkahwinan.Kadangkala nafsu ini tidak dapat dikawal walaupun pada masa dan ketika tersebut isteri sedang haid.


Maka masih diboleh untuk isteri melayan suami dengan cara puaskan suami ketika haid dengan kaedah dan cara yang dibenarkan.


Haid sering diistilahkan dengan “halangan”. Maksudnya adalah orang yang mendapat haid berhalangan untuk melakukan solat dan beberapa ibadah lain.
Hak-hak seorang suami jika dilaksanakan oleh sang isteri dengan penuh keredhaan maka akan mendapat pahala. Misalnya salah satu hak suami terhadap isteri adalah melayaninya ditempat tidur (jima’).


Namun, dalam satu keadaan isteri diharamkan memenuhi hak suami tersebut iaitu ketika dirinya berhadas besar, samaada haid atau nifas.
Walaubagaimanapun, cara menambat hati suami ni ada banyak caranya.


Sebagai contoh, menambat hati suami adalah dengan menjaga kemaluan si suami. Pastikan kemaluan suami cukup ‘makan’ dengan ‘makanannya’ yang halal itu.
Jangan menolak ajakan suami untuk berjimak kerana dalam Islam hukumnya HARAM dan isteri mendapat laknat dari Allah. Ada juga di riwayatkan dalam hadis bahawa isteri perlu melayan suami walaupun si isteri sedang menunggang unta. Boleh lihat sendiri betapa pentingnya menjaga kemahuan suami.


Dari sinilah isteri boleh menambat hati suami. Mungkin agak keterlaluan bunyinya, tapi macam-macam boleh berlaku. Nak jaga mulut suami mudah,
kalau tak pandai masak boleh sahaja pergi ke restoran dan beli makanan untuk suami. Tapi kalau makanan kemaluan suami tak cukup atau tak dapat nak bagi, di mana suami nak cari lagi? Dah tentu pergi ke wanita lain. Zaman sekarang ramai suami pergi kerja bagaikan kucing kelaparan. Kalau masalah ni berlaku, semua kerja jadi tak betul dan berserabut, ada sahaja yang tidak kena. Ada suami yang mengadu si isteri hanya melayan suami sekali sahaja dalam tempoh dua hingga tiga bulan walaupun pasangan baru sahaja berkahwin malah tinggal bersama dan sekatil. Amat penting faktor di atas cara menambat hati suami dengan berkesan. Jangan terlepas pandang faktor tersebut dalam menambat hati suami ni.


Berilah makan kepada kemaluan suami dalam masa haid atau pantang ni dengan caranya, bukan bagi ‘makanan’ yang betul tu, hukumnya HARAM nanti.
Islam telah mengharamkan berjimak semasa haid danawaktu nifas, tetapi Islam tidak melarang isterinya untuk memuaskan kemaluan suaminya.
Antara caranya ialah membeli satu jenis seluar pendek ketat untuk di pakai dengan pad haid untuk memuaskan nafsu suaminya.
Caranya lakukan apa-apa sahaja selain daripada memasuki ke dalam faraj atau dubur seperti ini adalah dilarang dan haram
(waktu haid/liwat memang haram). Berbuat apa-apa selagi dapat keluarkan air mani suami,
dan itu adalah penting. Apabila dah keluar, suami akan tenang.
baru lerrr darah tak naik kepala.


Wahai para isteri, ingatlah bahawa hanya dengan taat kepada suami, Allah SWT mengizinkan memasuki syurgaNYA melalui mana-mana pintu!






Sebagaimana firman Allah,


وَيَسْأَلُونَكَ عَنِ الْمَحِيضِ قُلْ هُوَ أَذًى فَاعْتَزِلُوا النِّسَاءَ فِي الْمَحِيضِ وَلا تَقْرَبُوهُنَّ حَتَّى يَطْهُرْنَ فَإِذَا تَطَهَّرْنَ فَأْتُوهُنَّ مِنْ حَيْثُ أَمَرَكُمُ اللَّهُ


“Mereka bertanya kepadamu tentang haidh. Katakanlah haidh itu adalah kotoran. Oleh sebab itu hendaklah kamu menjauhkan
diri dari wanita diwaktu haidh dan janganlah kamu mendekati mereka sebelum mereka suci.
Apabila mereka telah suci maka campurilah mereka itu ditempat yang diperintahkan Allah kepadamu.”
(QS Al-Baqarah: 222)


“Hendaklah kamu menjauhkan diri dari wanita diwaktu haidh‘ maksudnya jima’ (di kemaluannya) khususnya karena hal itu
haram hukumnya menurut ijma’. Pembatasan dengan kata “menjauh pada tempat haidh’ menunjukkan bahwa bercumbu dengan istri yang haidh,
menyentuhnya tanpa berjima’ pada kemaluannya adalah boleh.
(Tafsir As Sa’di jilid 1, hal 358)


Sabda Nabi S.A.W “Lakukanlah segala sesuatu terhadap isterimu kecuali jima.”
(Shahih Ibnu Majah no:527, Muslim I:246 no 302)






[Q/A]


“Bolehkah kita melakukan hubungan seks bersama isteri ketika isteri sedang haid?
Bagaimana pula jika saya ingin melakukan ‘seks oral‘ ketika isteri saya haid. Adakah ia dibenarkan?
Ini kerana kadang-kala memang saya tidak dapat menahan nafsu saya untuk mengadakan seks bersama isteri,
tapi ketika itu dia sedang didatangi haid. Kecewa saya :-( “
============
Islam amat tegas melarang bagi pasangan suami-isteri untuk melakukan hubungan seks ketika isteri datangnya haid.
Untuk mengatasi masalah ini ialah ‘seks secara oral’.


Seks oral bermaksud menggunakan mulut dan lidah untuk merangsang anggota tubuh seksual suami sehingga dia mencapai kepuasan.
Seks oral dilakukan oleh pasangan suami-isteri tanpa melibatkan hubungan persetubuhan penetrasi zakar ke dalam faraj isteri.


Seks oral ini sememangnya dibenarkan. Tanpa ada sebarang larangan untuk dilakukan oleh pasangan suami-isteri.
Asalkan ia mendapat persetujuan dan isteri anda selesa dengan perlakuan ini.
Ia seharusnya tidak memberi kesakitan kepada kedua-dua belah pihak.


*Tapi ingat! Jangan mendekati bahagian faraj isteri ketika dia sedang haid.
Bahagian lain tak mengapa.


Untuk melakukan aktiviti seks oral ini agar ianya boleh menjamin tahap kesihatan anda dan isteri anda, pastikan:


-Bersihkan terlebih dahulu anggota-anggota sulit anda dan isteri sehingga benar-benar bersih
-Pastikan mulut anda bersih dan bebas daripada sebarang kekotoran serta kuman.
Boleh gosok gigi anda terlebih dahulu sebelum melakukan aktiviti seks oral ini
-JANGAN sesekali dan pastikan anda tidak menggigit anggota sulit pasangan anda.
Ini bagi mengelakkan sebarang kecederaan yang mungkin boleh berlaku

0 comments:

Post a Comment