Saturday, July 11, 2015


Mantan Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad mencabar Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak supaya menunjukkan kepada rakyat akaun bank miliknya untuk menangani segala dakwaan kontroversi bahawa beliau telah mengambil AS$700 juta (RM2.6 bilion) dana 1MDB.

"Apabila orang buat dakwaan terhadapnya tentang sesuatu, beliau berkata ia adalah satu komplot, karut, ia tidak benar.

"Buktikan bahawa ia tidak benar. Sangat mudah untuk beliau membuktikan ia tidak benar.

"Beliau mempunyai akaun-akaun bank, apa yang beliau perlu buat ialah berkata: 'Anda periksa akaun saya, anda lihatlah," kata Dr Mahathir kepada BBC UK hari ini.

Sebelum ini, Wall Street Journal (WSJ) milik Dow Jones telah melaporkan bahawa dana 1MDB sebanyak AS$700 telah didepositkan ke dalam akaun bank peribadi Najib di Ambank.

Bagaimanapun Najib telah menafikan tuduhan tersebut dan telah menuduh Dr Mahathir terlibat dalam kerjasama dengan pihak asing untuk menjatuhkan beliau.

Dalam pada itu Dr Mahathir berkata penafian semata-mata adalah tidak mencukupi.

"Anda kata anda menafikannya, tapi marilah kita tengok akaun-akaun tu," katanya. -

0 comments:

Post a Comment