Thursday, July 9, 2015


PUTRAJAYA: Industri perfileman nampaknya telah menerima lagi satu pekeliling dari Lembaga Penapisan Filem (LPF) bertarikh 23 Jun lalu di mana jika terdapat babak-babak atau dialog yang "menyindir, mempersendakan, mengkritik kerajaan dan sensitiviti politik negara"akan dipotong daripada filem tempatan di televisyen bersama adegan dan dialog yang "mencemar imej kerajaan".

Contoh adegan itu adalah seperti kakitangan awam menerima rasuah atau menyalahgunakan kuasa mereka berdasarkan pekeliling berkenaan.

Pengerusi LPF Datuk Abdul Halim Abdul Hamid berkata tindakan larangan tersebut adalah wajar bagi melindungi imej Putrajaya.

“Kita memang tidak boleh membenarkannya kerana ia termasuk dalam imej kita. Ia boleh bawa imej buruk kepada kerajaan, kita elakkan ia.”

“Adegan seperti itu sudah pasti dipotong, tidak boleh dielakkan. Kerana ada orang kita dalam stesen televisyen yang buat tapisan,” katanya di petik The Malaysian Insider.

Berdasarkan perkeliling tersebut juga, larangan adegan “wanita memakai pakaian menampakkan susuk tubuh, bentuk payu dara, kemaluan, paha, punggung dan pakaian dalam (kecuali sari bagi wanita India)” dalam filem tempatan untuk disiarkan di televisyen.

Selain itu, adegan yang menunjukkan aksi melanggar undang-undang juga akan dipotong “kecuali paparan watak jahat dan ada pembalasan”.

Aspek keseluruhan yang dikeluarkan garis panduan adalah merangkumi 10 elemen berbeza: seks, lucah, kelakuan sumbang; tahyul, khurafat; rokok, minuman keras, dadah; kesesuaian pakaian; perilaku tidak sopan; ganas, kejam, ngeri; berbaur politik; seram, misteri, menakutkan; dan pematuhan undang-undang, integriti kerajaan.

Semua garis panduan ini yang berkuatkuasa pada 15 Jun nanti hanya tertakluk kepada filem terbitan tempatan yang ditayangkan di stesen televisyen.

Bagaimanapun tapisan itu juga berbeza berdasarkan kepada bahasa filem berkenaan seperti filem Melayu tidak boleh menggambarkan“adegan ajaran sesat yang tidak diikuti dengan pembalasan dan pengajaran”, tetapi adegan yang sama tidak dikenakan pada filem Cina, Tamil atau Bahasa Inggeris.

Menurut Halim, walaupun garis panduan ini adalah abru tetapi sebenarnya ia sudah lamai diamalkan oleh pengiat seni.

“Ia sudah ada selama ini, hanya kami memformalkannya sekarang dengan meletakkannya dalam bentuk tulisan, menyatakan garis panduan kami dengan jelas.

“Sebelum ini, tapisan terbuka kepada tafsiran, berdasarkan kepada Garis Panduan Penapisan Filem 2010. Sekarang ia sudah dalam bentuk tulisan, apa yang boleh dan tidak boleh dalam penapisan sudah sangat jelas,” katanya.

Mengenai adegan yang mengkritik kerajaan , ia hanya menyatakan adegan seumpama itu “perlu diberi perhatian rapi dan diperiksa terperinci, supaya ia tidak mencetuskan kontroversi dan ragu dalam masyarakat”.

Garis Panduan Penapisan Filem 2010 menyatakan salah satu alasan penapisan filem diwujudkan ialah untuk “melindungi negara dan kerajaan Malaysia daripada penyebaran filem anti kerajaan atau gambaran imej kerajaan dan agensinya secara negatif".

Halim berkata garis panduan baharu hanya versi lebih terperinci berbanding 2010.

“Tidak ada beza, ia hanya lebih spesifik. Kerana bila filem ditayangkan di televisyen, sesiapa boleh tonton, termasuk kanak-kanak.

“Jadi garis panduan baharu memastikan adegan tidak sesuai untuk kanak-kanak tidak akan ditayangkan, seperti menghisap rokok,”katanya.


Pada 29 Jun lalu, pengarah Erma Fatima telah mengamuk di laman Instagramnya selepas telefilemnya bertajuk 'Pesan Dari Tuhan'  sepatutnya ditayangkan di slot Cekera TV3 pada Ahad jam 10 malam ini dibatalkan pada saat-saat akhir

Katanya drama berkenaan perlu melalui penapisan 30 hingga 50 adegan dipotong sebelum ia dapat disiarkan kerana menyentuh sensitiviti politik. 

0 comments:

Post a Comment