Friday, July 10, 2015

kemuliaan wanita hamil
Betapa mulianya "status" wanita hamil, yang tentunya dengan jalan kehamilan yang di redhai oleh Allah SWT, bukan dengan cara/jalan kehamilan yang tidak di sukai-Nya. Hayati 14 kemuliaan wanita muslimah yang sedang hamil, betapa tinggi dan besarnya martabat wanita saat hamil dan melahirkan.
1. Apabila seorang perempuan mengandung dalam rahimnya, maka beristighfarlah para malaikat untuknya. Allah SWT mencatatkan baginya setiap hari dengan 1,000 kebaikan dan menghapuskan darinya 1,000 kejahatan.
2. Apabila seorang perempuan mulai sakit hendak bersalin atau melahirkan, maka Allah SWT mencatatkan baginya pahala orang berjihad di jalan Allah SWT.
3. Apabila seorang perempuan melahirkan anak, hilanglah dosa²nya seperti keadaan ia baru di lahirkan.
4. Apabila telah lahir anaknya lalu di susuinya, maka bagi ibu itu setiap setegukan dari pada susunya di beri 1 kebajikan.
5. Apabila semalaman si ibu tidak tidur dan memelihara anaknya yang sakit, maka Allah SWT memberinya pahala seperti memerdekakan 70 orang hamba dengan ikhlas untuk membela agama Allah SWT.
6. Rakaat solat wanita yang sedang hamil adalah lebih baik dari pada 80 rakaat solat wanita yang tidak hamil.
7. Wanita yang memberi minum air susu (ASI) kepada anaknya dari dirinya sendiri akan mendapat 1 pahala pada tiap² titis susu yang diberikannya.
8. Wanita yang tidak cukup tidur pada malam hari kerana menjaga anaknya yang sakit akan di ampunkan oleh Allah SWT seluruh dosanya dan bila ia menghibur hati anaknya Allah memberi 12 tahun pahala ibadah.
9. Wanita yang hamil akan dapat pahala seperti berpuasa pada siang hari.
10. Wanita yang hamil akan dapat pahala seperti beribadah pada malam hari.
11. Wanita yang bersalin akan mendapat pahala 70 tahun solat dan puasa, serta setiap kesakitan pada 1 uratnya Allah SWT mengurniakan 1 pahala haji.
12. Sekiranya wanita mati di masa 40 hari selepas bersalin, dia akan di anggap sebagai mati syahid.
13. Jika wanita menyusui anaknya sampai cukup tempoh (2,5 tahun), maka malaikat² di langit akan khabarkan berita bahawa syurga wajib baginya.
14. Jika wanita memberi susu dirinya pada anaknya yang menangis, Allah SWT akan memberi pahala 1 tahun solat dan berpuasa.
SubhanAllah, betapa besarnya martabat kaum wanita yang di angkat saat mereka hamil dan melahirkan, kepada para suami, hargailah dan jagalah kunci rezki dan kunci syurga ini.

0 comments:

Post a Comment