Saturday, July 11, 2015


KUALA LUMPUR: Selepas mengetahui dana bernilai AS$700 juta (RM2.6 bilion) untuk projek kerjasama dengan PetroSaudi telah dipindahkan ke syarikat lain pada tahun 2009 lalu, dua orang pengarah 1MDB hari ini telah meletak jawatan.

Memetik laporan The Star, telah diperolehi daripada penyiasat yang telah meneliti maklumat dari 1MDB selepas terdapat dakwaan salah laku terhadap dana syarikat berkaitan kerajaan berkenaan.

Berdasarkan laporan tersebut ia menyebut nama Tan Sri Mohd Bakke Salleh dan Tan Sri Azlan Mohd Zainol telah membuat keputusan meletak jawatan sebagai tanda protes dan marah apabila tuntutan mereka supaya wang berkenaan diserah semua kepada 1MDB tidak diendahkan.

"Ahli lembaga pengarah tidak berpuas hati apabila perjanjian ditandatangani tanpa banyak pertimbangan dan AS$700 bilion (RM2.6 bilion) yang diperuntukkan bagi projek kerjasama dipindahkan ke syarikat lain tanpa kebenaran mereka," lapor akhbar itu.

Bagaimanapun tidak dapat dipastikan pihak mana yang mengetepikan Ahli Lembaga Pengarah 1MDB untuk melakukan pindahan berkenaan serta tidak mahu mengikut arahan supayan wang tersebut diserahkan kembali. 

0 comments:

Post a Comment