Wednesday, July 8, 2015



KUALA LUMPUR: Pejabat  1Malaysia Development Berhad (1MDB) di Jalan Sultan Ismail di sini hari ini telah diserbu oleh pihak Polis Di Raja Malaysia (PDRM) kira-kira pukul 10 pagi tadi.

Memetik laporan The Star, wartawan tidak dibenarkan memasuki pejabat berkenaan yang terletak di menara IMC selepas penyambut tetamu diarahkan oleh pihak polis dan 1MDB untuk tidak membenarkan sesiapa sahaja memasuki pejabat yang terletak di tingkat 8.

"Malah penghantaran makanan pun tidak dibenarkan masuk kerana mereka tidak mahu diganggu," kata penyambut tetamu.

Sebarang bentuk rakaman tidak dibenarkan di Menara IMC hari ini.

Satu pasukan petugas khas yang terdiri daripada Bank Negara Tan Sri Dr Zeti Akthar Aziz, Peguam Negara Tan Sri Abdul Patail, Ketua Polis Negara Tan Sri Khalid Abu Bakar dan Ketua SPRM Tan Sri Abu Kassim Mohamed telah dibentuk untuk menyiasat sknadal 1MDB itu.

Mereka dikatakan telah membekukan enam akaun bank dan sedang menyiasat 17 orang yang dikatakan terlibat dalam pemindahan dana 1MDB.

Meraka merampas akaun dan melakukan serbuan ke atas syarikat 1MDB berkaitan - SRC International Sdn Bhd, Gandingan Mentari Sdn Bhd dan Ihsan Perdana Sdn Bhd yang didakwa digunakan untuk menyalurkan dana ke dalam apa tuntutan WSJ adalah akaun peribadi Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak.

Ketua Polis Negara memberitahu pemberita pada pagi Rabu bahawa pihak polis sedang menyiasat bagaimana Wall Street Journal memperoleh capaian kepada dokumen bank yang dimuat naik di laman webnya semalam.

Sebelum ini WSJ telah mendakwa dana 1MDB berjumlah AS$700 juta (kira-kira RM2.6 bilion) telah disalurkan ke akaun peribadi Najib.

Dakwaan itu bagaimanapun dinafikan Najib dan 1MDB. 

0 comments:

Post a Comment