Wednesday, July 8, 2015


Sangat biadap, itulah salah satu ungkapan yang boleh digambarkan dengan beberapa keping gambar yang menunjukkan tindakan seorang lelaki meraba punggung wanita di tepi jalan.

Gambar berkenaan dikatakan telah diambil di Jalan Besar Kampung Jejawi Perlis pada ahad lalu.

Lelaki berkenaan yang melalui jalan tersebut telah mengganggu wanita-wanita berkenaan yang dipercayai warga Vietnam sebelum bertindak meraba punggung mereka.

Mangsa yang berjalan dengan rakan-rakannya nyata terkejut selepas lelaki itu menggenggam punggungnya.

Lelaki berkenaan yang melakukan perbuatan keji itu meneruskan atau beredar tanpa rasa bersalah seperti tidak berlaku apa-apa.


Saksi yang merakam gambar berkenaan bertindak memecut kenderaannya untuk menghampiri lelaki berkenaan untuk mengambil gambarnya.

Tujuan mengambil gambar adalah untuk mengetahui identiti lelaki tersebut supaya senang untuk sebarang tindakan undang-undang diambil nanti.

0 comments:

Post a Comment