Sempena bulan ramadhan ini pasti ada diantara kita yang sedikit tertanya-tanya mengenai hal ini. Adakah sah puasa seseorang itu jika tidak mandi wajib atau dalam bahasa lain berpuasa dalam keadaan hadas besar(janabah)? Dalam artikel kali ini kami ingin menjelaskan mengenai perkara ini.
Hadas besar terbahagi kepada dua iaitu:
1. Janabah
2. Haid
Hadas yang menyebabkan puasa tidak sah adalah hadas haid. Manakala hadas janabah sah puasanya. Hadas janabah berlaku adalah disebabkan oleh jimak (lelaki dan perempuan) dan keluar mani.
Hadas janabah tidak mencegah, dia bukan manik atau penghalang. Sesiapa yang berpuasa dalam keadaan sedang junub dan kemudian dia berpuasa, puasanya adalah sah.
Mandi wajib ketika hadas janabah bukan untuk mengesahkan puasa tetapi untuk mengesahkan sembahyang.
Tonton video di bawah untuk lebih jelas mengenai perkara ini.
https://m.youtube.com/watch?v=ScDPvpaKA0Q
0 comments:
Post a Comment