Thursday, June 18, 2015


Tun Mahathir Mohamad nampaknya benar-benar mahu bersemuka dengan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak di pentas debat.

Semalam, dalam pertemuannya tertutupnya dengan sekumpulan NGO, beliau sekali lagi menyuarakan hasrat itu.

Malah, katanya, bukan sekadar soalan berkaitan kontroversi 1MDB, beliau juga bersedia menjawab serangan balas terhadap pentadbiran 22 tahunnya sebelum ini.

"Saya nak minta Datuk Seri Najib dengan saya duduk atas pentas, depan televisyen. Najib boleh soal saya tentang apa saya buat dulu, kononnya saya hilangkan duit, apa semua, lesapkan duit.

"Dia boleh tanya dan saya boleh tanya dia. Sama-samalah.

"Tapi you (Najib) kena jawab sama. Sama-sama kita duduk atas pentas, semua kamera televisyen duduk di depan dan disiarkan di seluruh negara," kata Dr Mahathir dalam sebuah rakaman video ketika pertemuan itu diadakan semalam

0 comments:

Post a Comment