Monday, June 15, 2015

TMJ-1
PETALING JAYA: Tunku Mahkota Johor (TMJ), Tunku Ismail Ibni Sultan Ibrahim membalas kritikan yang dibuat oleh Menteri Pelancongan dan Kebudayaan, Datuk Seri Mohamed Nazri Aziz terhadap baginda.

Baginda berkata, Menteri bukan Tuhan dari syurga yang tidak boleh ditegur

“Saya hanya mengingatkan para pemimpin negara ini bahawa mereka mempunyai tanggungjawab untuk berkhidmat kepada rakyat, dan nampaknya oleh sebab itu saya diserang,” kata baginda di laman Facebook rasmi, Johor Southern Tigers

Baginda menegaskan, jika kritikan itu tidak diterima, baginda sanggup dicemuh bagi menyatakan kebenaran.

“Saya rela dicemuh untuk mempertahankan perkara yang benar, daripada disanjung untuk membela perkara yang salah,” jelas baginda.

Baginda turut melahirkan kekecewaannya terhadap sikap menteri-menteri yang pantang ditegur.

“Saya tidak pernah menyuruh sesiapa berundur atau meletak jawatan, hanya sekadar memberi ingatan kepada ahli politik berkenaan tentang peranan dan tanggungjawab mereka.
“Sekiranya perkara seperti itu pun anda tidak boleh terima, jelaslah kepada seluruh rakyat betapa angkuh dan sombongnya anda,” tegas baginda.

Baginda juga memberi peringatan kepada menteri supaya jangan menggunakannya untuk mengalihkan tumpuan rakyat daripada isu-isu nasional.

“Jangan gunakan saya untuk mengalihkan tumpuan daripada isu-isu nasional yang lain.

“Negara ini memerlukan ahli politik yang bersih dan telus dan yang menjalankan tanggung jawab mereka dengan keikhlasan dan integriti,” kata baginda.

0 comments:

Post a Comment